Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuka & Kaedah Permohonan

Oleh Cikgu Shaari • November 10, 2020 • 2 min baca

Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuka & Kaedah Permohonan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu adalah melebihi RM5 bilion dengan 4.3 juta penerima di bawah BSH. Pasti semua sudah tidak sabar kan untuk mengisi permohonan BPR?

Untuk makluman anda, BPR dan BSH adalah berbeza. Ada beberapa penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa.

PENAMBAHBAIKAN BPR BERBANDING BANTUAN SEBELUM INI

Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata ada beberapa penambahbaikan dibuat bagi program BPR berbanding bantuan sebelum ini, iaitu:

  • Kategori umur penerima bujang diturunkan kepada 21 tahun dan ke atas berbanding 40 tahun
  • Purata pendapatan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM2,500
  • Penambahbaikan juga turut dilaksanakan bagi isi rumah di mana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada purata gaji RM4,000 dan kini dinaikkan kepada RM5,000

Kenaikan dari segi julat gaji (isi rumah) yang layak menerima BPR mengambil kira dari segi kaji selidik isi rumah tahun 2019 membabitkan golongan B40 atau berpendapatan rendah adalah hampir ke tahap RM5,000. Penambabaikan membabitkan kategori bujang yang diturunkan kepada 21 tahun dan ke atas berbanding 40 tahun dan ke atas itu dibuat dengan mengambil kira cabaran ekonomi semasa.

Johan berkata, mengambil kira keadaan semasa ekonomi sedang dilanda krisis Covid-19 dan isu aliran tunai, cabaran kos sara hidup yang dialami semua bukan hanya isi rumah tapi juga golongan bujang.

KADAR BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT

Kadar bayaran BPR adalah mengikut kategori isi rumah dan bilangan anak. Anda boleh semak kadar bayaran BPR mengikut kategori dan pendapatan di sini:

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Menurut kenyataan Johan Mahmood, tarikh pembukaan permohonan kepada penerima baharu akan dibuka pada:

  • Awal tahun depan dan selewat-lewatnya hujung Januari 2021

PERMOHONAN BARU BPR

Memandangkan kategori penerima diperluaskan, bagi mereka yang sudah ada dalam pangkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan. Bagi mereka yang layak tetapi belum berdaftar, pihak Kementerian Kewangan bercadang membuka untuk pendaftaran permohonan baharu pada awal tahun depan atau dijangka sebelum hujung Januari

Menurut makluman, pembayaran akan dibuat secara ansuran sebanyak dua kali. Walaubagaimanapun, sekiranya ada makluman baru mengenai permohonan BPR 2021, perkongsian akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.