Pencen Terbitan Perlu Dimohon Selepas Kematian Pesara. Ini Cara Mohon Yang Ramai Tak Tahu

Skim pencen di Malaysia telah memanjangkan faedah persaraan kepada tanggungan anggota berpencen yang meninggal dunia sama ada semasa masih dalam perkhidmatan Kerajaan ataupun selepas bersara. Faedah ini dikenali sebagai Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.

Pencen Terbitan merupakan pencen bulanan yang diberikan kepada tanggungan sekiranya berlaku kematian pegawai/pesara. Namun ramai yang tak tahu sebenarnya pencen terbitan tidak dibayar secara automatik. Waris perlu membuat permohonan untuk tuntut pencen terbitan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat tuntutan pencen terbitan sekiranya pesara meninggal dunia.

Baca juga: Perbezaan Antara Pencen Terbitan & Pencen Tanggungan Yang Ramai Keliru

CARA MOHON PENCEN TERBITAN

Berikut adalah panduan membuat permohonan tuntutan pencen terbitan bagi pesara yang meninggal dunia:

  1. Layari laman www.jpapencen.gov.my
  2. Klik pada pautan ‘Senarai Borang
  3. Muat turun borang pada nombor 15 dan 16
  4. Lengkapkan borang yang dimuat turun dan sediakan dokumen yang diperlukan
  5. Borang permohonan yang lengkap mestilah dihantar bersama dokumen sokongan ke KWAP di Cyberjaya.
  6. Jika tidak serah tangan, anda juga boleh hantar borang melalui pos.
  7. Sebelum pos, pastikan anda buat salinan lebih untuk rujukan akan datang

Hantar borang ke alamat berikut:

  • Jabatan Perkhidmatan Persaraan ​​
    Aras 11, Skytech Tower 2 
    MKN Embassy Techzone 
    ​Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
    63000 Cyberjaya, Selangor
    ​Malaysia
  • Tel: 03 8887 8700 / 03 8887 8777

Klik pautan di bawah untuk muat turun borang:

BORANG PERMOHONAN FAEDAH TERBITAN 

BANTUAN MENGURUS JENAZAH

Baca juga: Kematian Penjawat Awam Dalam Tempoh Perkhidmatan: Ini Ganjaran & Khairat Waris Boleh Tuntut

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma