Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Selepas Tamat Temuduga Jika Tidak Mahu Gagal

Selalunya anda dengar tips-tips hadiri temuduga atau semasa temuduga. Namun kali ini anda akan didedahkan dengan perkara yang anda tidak boleh lakukan SELEPAS tamat temuduga. Mana tahu, dalam tidak sedar anda lakukan perkara ini dan menjadi punca anda gagal temuduga!

Jangan terkejut jika anda dah ‘perform‘ sebaik mungkin semasa temuduga, tetapi tiba-tiba anda dapat keputusan bahawa anda GAGAL. Mungkin anda telah lakukan 5 perkara ini selepas temuduga!

Baca juga: Jangan Sesekali Lakukan 17 Perkara Ini Jika Anda Nak Lulus Temuduga Kerja

ELAKKAN 5 PERKARA INI SELEPAS TEMUDUGA

Memburukkan Penemuduga

Memang lumrah kehidupan remaja sekarang semua benda kena bagitahu di media sosial! Tidak salah nak update media sosial, tetapi jangan sesekali memburukkan penemuduga di media sosial selepas tamat sesi temuduga.

Dalam tidak sedar mungkin ada pekerja di syarikat yang anda temuduga mengikuti anda. Jadi, sebarang perkara berkaitan temuduga jangan ceritakan di media sosial. Ceritakan yang baik-baik sahaja seperti pengalaman anda.

Bercakap Santai

Dah tamat sesi temuduga, kadang-kadang ada penemuduga yang suka berborak dengan calon. Sebenarnya mereka hanya ingin melihat tingkah laku sebenar calon. Jangan bercakap dengan cara yang santai walaupun sesi temuduga anda tamat.

Cakap dalam keadaan yang biasa sahaja, jangan berlebihan macam mereka itu kawan anda!

Tidak Hantar Email Terima Kasih

Cuba anda lihat balik permohonan kerja anda yang lepas, ada tak anda hantar email terima kasih selepas sesi temuduga? Jika tidak pernah, sila ubah! Pastikan anda hantar emel ucapan terima kasih atas masa mereka menemuduga anda. Pastikan anda hantar dalam tempoh 24 jam.

Baca: Dah Pergi Interview Kerja? Ini Cara Hantar “Follow Up Email” Untuk Tahu Status Permohonan

Terlalu Agresif Follow Up

Nak follow up selepas temuduga, jangan terlalu agresif. Apa yang dimaksudkan dengan agresif adalah hantar email atau pesanan whatsapp kepada majikan/ penemuduga setiap minit untuk ketahui keputusan temuduga. Perkara ini hanya akan membuatkan majikan berasa rimas dengan anda.

Berhenti Memohon Kerja Lain

Dah tamat sesi temuduga jangan terlalu selesa. Jangan pernah berhenti memohon kerja lain dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap temuduga yang anda hadiri. Ingat, bukan anda seorang sahaja hadir untuk sesi temuduga. Jadi, peluang untuk anda diterima kerja bukanlah 100%.

Teruskan mohon kerja dan jangan pernah jemu untuk hadir temuduga. Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma