10 ‘Body Language’ Sesuai Semasa Temuduga Yang Calon Wajib Tahu
Selalunya calon akan membuat persiapan untuk ke temuduga dari segi pakaian, persediaan menjawab soalan dan lain-lain. Namun ramai yang terlepas pandang dengan persediaan praktis body language yang sesuai semasa temuduga.
Nampak mudah. Selalunya calon fikir body language semasa temuduga adalah hanya sekadar duduk tegak di hadapan penemuduga.
Setiap calon perlu tahu senarai body language yang sesuai anda tonjolkan semasa temuduga ini.
Baca juga: Tips Pemakaian Yang Sesuai Untuk Menghadiri Temuduga
Isi Kandungan
10 BODY LANGUAGE YANG SESUAI SEMASA TEMUDUGA
1. Fokus
Jangan fikir orang tidak perasan sama ada diri anda fokus atau tidak dengan sesuatu perkara. Penemuduga sendiri pasti dapat nilai anda melalui cara anda sepanjang sesi temuduga berjalan. Calon yang fokus semasa temuduga dapat dilihat apabila mereka sentiasa memandang penemuduga dan fokus dengan setiap percakapan penemuduga.
Jangan biarkan penemuduga terpaksa ulang berkali-kali hanya kerana anda tidak fokus.
2. Eye Contact
Jangan takut untuk pandang mata penemuduga. Walaupun anda berasa tidak yakin apabila bercakap sambil pandang mata seseorang, pastikan anda berlatih terlebih dahulu. Eye contact adalah penting untuk pastikan ada keberkesanan komunikasi dengan penemuduga.
Tiada eye contact akan menyebabkan penemuduga anggap anda tidak yakin dengan diri. Namun, jangan terlalu besarkan mata ketika eye contact.
3. Aras Tangan Ketika Bercakap
Tidak salah nak menggerakkan tangan ketika bercakap, tetapi pastikan anda jaga aras tangan anda. Jangan sampai menutupi muka anda. Seeloknya kekalkan pergerakan tangan anda di bawah paras dagu sahaja dan tidak berlebihan.
4. Postur Badan
Ketika berjalan memasuki bilik temuduga, pastikan anda berjalan tegak dan berdiri dalam keadaan selesa. Jangan terlalu mendada, tenang sahaja. Apabila duduk pula, duduk dengan tegak dan tenang tanpa mendada.
5. Letakkan Tangan Di Paha
Mengapa letak tangan di atas paha? Dengan meletakkan tangan di atas paha, penemuduga dapat melihat bahawa anda adalah seorang yang bersifat terbuka dan sentiasa bersedia. Elakkan daripada menyilang tangan dan kaki anda dihadapan penemuduga.
6. Limitkan Pergerakan
Jaga pergerakan anda! Jangan terlalu banyak bergerak apabila sudah berada di tempat temuduga. Kesalahan yang selalu calon lakukan adalah tergaru-garu muka, pegang hidup, pegang kepada, gerakkan kaki dan main pen di tangan.
Pergerakan yang terlalu banyak akan menganggu sesi temuduga anda.
7. Senyum Dan Jaga Adab
Bila anda dah tiba di kawasan bangunan pejabat anda, pastikan anda kekalkan senyuman. Mana tahu individu yang anda jumpa di luar sebelum temuduga adalah bakal penemuduga anda. Dah sampai dalam pejabat pun, jangan buat muka angkuh. Kekalkan muka natural dan senyuman yang manis.
Bila dah berhadapan dengan penemuduga atau orang-orang besar, pastikan anda tunduk sedikit.
8. Jaga Emosi
Jadilah seorang calon temuduga yang bersifat cool dan sentiasa berada dalam emosi yang baik ketika menjawab soalan walaupun sedang diuji. Jaga perwatakan anda dan jangan terlalu banyak berlakon sehingga anda kelihatan berpura-pura.
Jika ada perbincangan yang membuatkan anda marah, jaga perasaan! Kekalkan senyuman di bibir.
9. Jadi Cermin
Teknik ini ialah MATCHING AND MIRRORING dimana ia sangat berguna diaplikasikan ketika temuduga dan memudahkan anda berkomunikasi dengan penemuduga. Penemuduga rasa anda sangat dekat dengan anda dan jangan keterlaluan ketika meniru perbuatan mereka pula.
10. Salam
Ketika bersalam pastikan anda berjabat tangan dengan grip tangan secara tidak terlalu longgar atau terlalu kuat. Bagi yang berlainan jantina, anda boleh letakkan tangan di dada kiri dan tunduk sedikit tanda hormat. Dalam keadaan pandemik ini juga anda tidak digalakkan bersalam tangan walaupun sama jantina.
Baca juga: Tips Pemakaian Yang Sesuai Untuk Menghadiri Temuduga
Semoga bermanfaat!