Tawaran Jawatan Jurutera Gred J41 Jabatan Penyiaran Malaysia Dibuka. Mohon Sekarang
Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan yang ditetapkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup jawatan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Jurutera Gred J41.
Jabatan Penyiaran Malaysia amat menggalakkan calon yang berkelayakan untuk mohon jawatan yang ditawarkan.
Jika berminat, ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Jabatan Penyiaran Malaysia
- Jawatan: Jurutera Gred J41
- Kekosongan: 13
- Simpanan: 20
DESKRIPSI TUGAS
Seorang Jurutera J41 menjalankan tugas berikut:
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup jawatan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Syarat kelayakan Bahasa Melayu:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Syarat peningkatan secara lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
- lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- had umur pelantikan
– berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
– berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
– berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
CARA MOHON
Permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan boleh dilakukan di Portal Rasmi SPA. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat dan membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 03 November 2020 (Selasa) jam 11.59 malam. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.