Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

BPN 2.0 Sudah Mula Dibayar, Ini Tarikh Bayaran BPN 2.0 Mengikut Jenis Bank

Oleh Cikgu Shaari • October 22, 2020 • 2 min baca

BPN 2.0 Sudah Mula Dibayar, Ini Tarikh Bayaran BPN 2.0 Mengikut Jenis Bank
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang, secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Namun baru-baru ini tular di media sosial bahawa ada individu sudah mula terima bayaran fasa pertama pada 19 Oktober lepas. Betul ke?

Ya, betul memang sudah ramai individu yang telah menerima bayaran fasa pertama dan dimasukkan terus ke bank masing-masing. Jom lihat tarikh bayaran BPN 2.0 mengikut jenis bank.

TARIKH BAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT JENIS BANK

Pemegang akaun BSN dan CIMB sudah mula menerima bayaran BPN 2.0 masing-masing. Berikut adalah tarikh bayaran mengikut jenis bank:

  • BSN: 19 Oktober ~ 22 Oktober 2020
  • CIMB: 22 Oktober ~ 26 Oktober 2020
  • Maybank: 26 Oktober 2020
  • Bank Islam: 26 Oktober 2020
  • Public Bank: 26 Oktober 2020
  • Agro Bank: 26 Oktober 2020
  • Ambank: 26 Oktober 2020

JUMLAH BAYARAN FASA 1

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan disalurkan kepada penerima sedia ada kepada kategori isi rumah dan individu bujang seperti berikut:

Golongan B40:

  • Isi rumah: RM700
  • Bujang: RM350

Golongan M40:

  • Isi rumah: RM400
  • Bujang: RM200

Walaubagaimanapun, bayaran BPN 2.0 adalah secara berperingkat. Bagi bayaran yang dijangka pada 26 Oktober 2020 mungkin akan dimasukkan lebih awal dari yang dijangkakan. Setakat ini, pemegang akaun BSN dan CIMB sudah terima bayaran masing-masing.

Untuk info lanjut, anda boleh terus hadir ke cawangan LHDN berdekatan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.