Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Program Perakaunan Profesional ACCA Dengan Tajaan Penuh Lembaga Zakat Kedah

Oleh Cikgu Shaari • November 21, 2022 • 2 min baca

Tawaran Program Perakaunan Profesional ACCA Dengan Tajaan Penuh Lembaga Zakat Kedah
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat para pelajar lepasan Ijazah Perakaunan! Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) menawarkan tajaan untuk warga Negeri Kedah melanjutkan pengajian dalam kelayakan perakaunan professional ACCA (Association of Charted Certified Accountants).

Tawaran ini dibuka khas buat lepasan Ijazah Perakaunan yang berminat untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dalam bidang perakaunan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang ditawarkan.

KELEBIHAN KELAYAKAN PERAKAUNAN PROFESIONAL

Kelebihan sekiranya anda melanjutkan pengajian dalam kelayakan perakaunan profesional adalah:

  • Permintaan yang tinggi terhadap akauntan professional dalam semua sektor dan industri
  • Peluang Kerjaya yang luas di dalam dan luar Negara
  • Kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
  • Perkembangan kerjaya yang progresif

MAKLUMAT PROGRAM

Program Perakaunan Profesional yang ditaja oleh Lembaga Zakat Kedah ini akan dijalankan seperti berikut:

  • Institusi Pengajian: INTEC Education Shah Alam
  • Kemasukan: Disember 2022

Tajaan penuh termasuk :

  • Yuran pengajian
  • Yuran ACCA
  • Penginapan
  • Elaun sara hidup

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Beragama Islam
  • Berumur 25 tahun ke bawah
  • Sedang menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Memenuhi syarat kelayakan asnaf dibawah kiraan had kifayah LZNK
  • Telah tamat pengajian Ijazah perakaunan & memperoleh CGPA minimum 3.0 daripada universiti yang diiktiraf
  • Pengecualian 9 subjek ACCA
  • Bersetuju menjalani program secara sepenuh masa

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan bagi pengambilan Disember 2022 di pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi MyPAC di talian 012 9190210 atau email ke alamat info@mypac.org.my atau Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04 7331740.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.