Cara Mohon Kosong Terbuka SPRM Melalui Borang Permohonan Online

Berminat nak jadi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Berita baik buat semua graduan dari pelbagai bidang pengajian! SPRM kini membuka peluang kerja kosong bagi pengambilan calon jawatan terbuka Kumpulan Pengurusan Dan Profesional buat graduan yang berminat.

Permohonan bagi jawatan kontrak ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian dalam tempoh permohonan dibuka .

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SENARAI JAWATAN

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  • Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 44
  • Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu semasa berkaitan rasuah dan imej SPRM, mempromosi dasar dan program SPRM serta memantau isu berkenaan di media cetak, media elektronik dan media sosial
  • Bertanggungjawab menyediakan saluran penyampaian maklumat dan komunikasi yang aktif di peringkat SPRM, nasional dan antarabangsa
  • Merancang dan membangunkan kandungan kreatif untuk penerbitan konvensional dan digital
  • Membina hubungan bersama pihak media dan influencer media

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Berkelulusan
    i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa atau dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang komunikasi massa atau dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Memiliki pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan iaitu:
    i) Minima 5 tahun (Gred 44); atau
    ii) Minima 10 tahun (Gred 48)
  • Lengkap dis vaksinasi Covid-19

Keutamana diberikan kepada:

  • Mahir dalam menguruskan dan menyediakan kandungan untuk media sosial seperti FB, Instagram dan Twitter
  • Penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ketiga (Mandarin dan Tamil) yang baik adalah satu kelebihan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan berikut:

Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya 25 November 2022. Pemohon dinasihatkan untuk pastikan alamat emel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma