Semakan & Permohonan

Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM/Setaraf Ke Universiti Awam Sesi 2022/2023

October 24, 2022Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Bagi calon yang telah membuat permohonan rayuan UPUOnline lepasan STPM/Setaraf Ke Universiti Awam Sesi Akademik 2022/2022, anda sudah boleh membuat semakan keputusan rayuan mulai 25 Oktober 2022.

Semakan rayuan boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari secara online atau aplikasi UPUPocket. Calon yang mendapat tawaran mestilah buat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu dalam masa 5 hari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan rayuan UPUOnline Sesi 2022/2023 dan tarikh penting tempoh setuju terima tawaran.

TARIKH SEMAKAN & PENGESAHAN TAWARAN

Semakan permohonan rayuan UPU bagi lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2022/2023 dan pengesahan boleh dibuat pada tarikh berikut:

  • Tarikh semakan rayuan: 25 Oktober 2022 (12 tengah hari) hingga 30 Oktober 2022
  • Tempoh setuju terima tawaran: 26 Oktober hingga 30 Oktober 2022

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke IPT bagi lepasan STPM/ Setaraf sesi akademik 2022/2023 boleh dibuat melalui pautan berikut:

Semakan keputusan rayuan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di PlayStore & AppStore.

Bagi yang dah buat semakan dan berjaya mendapat tawaran, jangan lupa buat pengesahan setuju terima tawaran sebelum 30 Oktober 2022 jam 5 petang.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda