Penjelasan Definisi Kontak Rapat Dan Gelang Pengawasan & Pemantauan Di Rumah (HSO)

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil kesempatan di laman Facebook menjelaskan mengenai definisi kontak rapat dan Perintah Home Surveillance Order (HSO) yang ramai masih keliru.

Untuk menghilangkan kekeliruan ramai orang, perkongsian ini akan memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan Kontak Rapat dan siapa yang dikenakan pemakaian gelang HSO.

Baca selanjutnya di bawah.

SIAPA KONTAK RAPAT?

Kontak rapat adalah individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif Covid-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:

  • Bersemuka dengan pesakit Covid-19 pada jarak kurang daripada 1 meter
  • Bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes Covid-19
  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan Covid-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
  • Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan Covid-19
  • Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes Covid-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
  • Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter dengan kes Covid-19 sepanjang perjalanan.

TINDAKAN KEPADA KONTAK RAPAT

Sekiranya terdapat kes positif baharu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan dan menghubungi kontak rapat mereka untuk pengambilan ujian saringan Covid-19.

  • Kontak rapat yang dikesan akan diuruskan sebagai Patient Under Investigation (PUI)
  • Kontak rapat yang tidak bergejala akan diuruskan sebagai Person Under Survellaince (PUS)

SIAPA YANG DIKENAKAN GELANG HSO?

HSO adalah gelang pengawasan dan pemantauan di rumah. HSO akan diberikan kepada individu yang:

  • Mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Kes Yang Disyaki (PUI)
  • Mempunyai sejarah berkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti Covid-19 iaitu PUS
  • Bagi individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun, tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat, tidak akan diberikan HSO atau pemakaian gelang (dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari)

PEMAKAI GELANG HSO MUNGKIN MEMBAWA COVID-19!

Jika anda mendapati terdapat individu yang memakai HSO di tempat awam, jangan diamkan diri. Lapor ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat kerana pemakai gelang ini DIARAHKAN untuk duduk di rumah sahaja untuk kuarantin.

Pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan Covid-19!

Penjelasan Definisi Kontak Rapat Dan Gelang Pengawasan & Pemantauan Di Rumah (HSO)

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma