Permohonan Bantuan Zakat UTM Dibuka Secara Dalam Talian

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat bagi Semester 1 2020/2021 akan dibuka pada 18 Oktober 2020. Unit Zakat dan Kebajikan mempelawa seluruh Mahasiswa UTM yang berkelayakan untuk memohon bantuan ini pada kadar segera.

Untuk makluman semua mahasiswa dan mahasiswa, satu platform baharu disediakan untuk memudahkan permohonan secara online iaitu Sistem Agihan Zakat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan bantuan zakat.

KATEGORI BANTUAN ZAKAT

Antara jenis bantuan zakat yang disediakan buat pelajar UTM adalah:

  • Bantuan Zakat Sara Diri
  • Bantuan Zakat Yuran Pengajian
  • Bantuan Zakat Latihan Industri

SYARAT UMUM PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat umum berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Beragama Islam
  • Sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di UTMJB (Bukan biasiswa)
  • Pendapatan keluarga di bawah RM3,000 dan mempunyai ramai tanggungan
  • Sila rujuk syarat terperinci di islamiccentre.utm.my

CARA MOHON

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat UTM bagi Semester 1 2020/2021 akan dibuka pada ketetapan berikut:

  • Tarikh Permohonan: 18 Oktober – 1 November 2020
  • Laman Permohonan: MyUTM Pelajar – Permohonan Zakat (Sistem Agihan Zakat)

Pihak zakat UTM akan membuat tapisan bagi pemohon yang betul-betul layak. Pemohon yang layak perlu menghadiri sesi temubual yang dijadualkan pada 4 hingga 10 November 2020.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Unit Zakat dan Kebajikan Pusat Islam UTM, JB di talian 07 5537508/10 atau emel ke alamat uzakatjb@utm.my.

Berikut adalah proses permohonan dan pembahagian bantuan zakat UTM:

Permohonan Bantuan Zakat UTM Dibuka Secara Dalam Talian

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma