Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

PKPB: Perkara Yang Dibenarkan & Dilarang Di Selangor, WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Oleh Cikgu Shaari • October 14, 2020 • 2 min baca

PKPB: Perkara Yang Dibenarkan & Dilarang Di Selangor, WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berikutan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Putrajaya, dan Kuala Lumpur, ramai ingin mengetahui sejauh mana kelonggaran diberikan untuk penduduk berkenaan.

Secara amnya, PKPB merupakan langkah kerajaan untuk memberi fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial. Sementara beberapa sektor ekonomi pula dibenarkan untuk beroperasi mengikut keperluan.

Namun masih ramai penduduk di kawasan PKPB keliru mengenai aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPB. Untuk keterangan lanjut mengenai masalah ini, ikuti perkongsian di bawah.

PENGUATKUASAAN PKPB

Walaupun bukan semua daerah di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya mempunyai kes Covid-19, namun pelaksanaan PKPB di seluruh negeri tersebut dilakukan bagi mengelakkan penularan lebih berleluasa.

PKPB adalah berkuatkuasa bermula 12.01 pagi, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 bersamaan 14 hari dengan harapan aktiviti sosial di kawasan-kawasan tersebut dapat dielakkan.

PKPB: Perkara Yang Dibenarkan & Dilarang Di Selangor, WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya

SOP PKPB

SOP yang telah ditetapkan sepanjang tempoh kawalan PKPB melibatkan:

Aktiviti Harian

  • Hanya 2 orang dari setiap rumah dibenarkan keluar membeli barangan keperluan harian
  • Perjalanan rentas negeri melalui Selangor & WP Kuala Lumpur memerlukan kebenaran polis
  • Kes kecemasan seperti sakit & pengurusan jenazah di luar daerah perlu mendapat kebenaran/kelulusan polis
  • Pas/surat majikan yang sah diperlukan untuk merentas daerah & negeri ke tempat kerja
  • Semua penerbangan melalui KLIA/KLIA2/Subang perlu kebenaran Polis
  • Semua majikan digalakkan membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah

Aktiviti Ekonomi

Berikut adalah senarai aktiviti sektor ekonomi yang DIBENARKAN:

  • Perikanan, Perladangan & Pertanian
  • Ekonomi & Industri
  • Pelabuhan & Lapangan terbang

Pembelian makanan DIGALAKKAN secara:

  • Pandu lalu
  • Penghantaran (deliveri)
  • Bawa pulang (bungkus)
  • Hanya 2 orang semeja jika makan di premis makanan & patuh SOP

WAKTU OPERASI SEPANJANG TEMPOH PKPB

  • Restoran/kedai makan/penjaja/medan selera/kedai runcit/kedai sebanika/kedai tepi jalan:
    = 6 pagi – 10 malam
  • Stesen minyak:
    = 6 pagi – 10 malam
  • Farmasi/kedai ubat-ubatan:
    = 8 pagi – 11 malam
  • Hospital & klinik Kerajaan/Swasta:
    = 24 jam
  • Pengangkutan Awam & e-hailing:
    = 6 pagi – 12 tengah malam
  • Pasar Harian:
    = 6 pagi – 2 petang
  • Pasar Borong:
    = 4 pagi – 2 petang
  • Pasar Tani:
    =6 pagi – 12 tengah hari
  • Pasar Malam:
    = 4 petang – 10 malam

AKTIVITI YANG DIBENARKAN DAN DILARANG SEMASA PKPB

Untuk rujukan anda, berikut adalah senarai aktiviti yang dibenarkan dan dilarang secara lebih terperinci:

PKPB: Perkara Yang Dibenarkan & Dilarang Di Selangor, WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.