Pastikan Anda Kuasai Salah Satu Kemahiran Ini Dalam Resume Untuk Mohon Kerja

Pasti semua dah sedia makluman bahawa lambakan graduan di negara kita telah menyebabkan pasaran kerja kini menjadi terhad dan hanya calon yang betul-betul berkelayakan sahaja akan diambil bekerja. Ada beberapa kemahiran yang majikan cari dari setiap calon.

Pentingnya untuk menonjolkan kemahiran kita dalam resume adalah supaya majikan tertarik saat melihat resume kita. Bagi membantu anda mencapai perkara ini, perkongsian ini ditulis bagi berkongsi tentang kemahiran utama yang diperlukan oleh sebahagian besar majikan sekarang.

Baca 12 Kerjaya Tanpa Pendidikan Tinggi Yang Beri Pulangan Gaji Lumayan. Tak Perlu Menyesal Kalau Belajar Tak Tinggi

Pastikan anda kuasai dan masukkan kemahiran-kemahiran di bawah semasa menulis resume anda.

KEMAHIRAN YANG PERLU ADA DALAM RESUME

Menyelesaikan Masalah

Tidak kira apa pun jenis jawatan yang dipohon, pasti akan ada masalah yang perlu diselesaikan dan akan ada masalah yang akan timbul. Sedangkan bekerja di kedai runcit pun ada masalah, apatah lagi bekerja di syarikat besar.

Majikan ingin mencari calon yang bijak menyelesaikan masalah dan lihat tindakan yang calon akan lakukan sekiranya berlaku sebarang masalah. Tidak mustahil jika ketika temuduga nanti anda diberi satu situasi diminta untuk selesaikan masalah tersebut.

Pastikan Anda Kuasiai Salah Satu Kemahiran Ini Dalam Resume

Pemikiran Kritikal

Calon yang paling digemari oleh majikan adalah calon yang mempunyai pemikiran kritikal atau mampu berfikir secara kritikal.

Critical thinking adalah kemampuan untuk berfikir secara meluas dan rasional tentang apa yang harus dilakukan atau apa yang harus dilakukan. Seseorang yang mempunyai kemahiran ctitical thinking mampu menyelesaikan masalah secara sistematik, mengidentifikasi dan membangunkan sesuatu argumen.

Pastikan Anda Kuasiai Salah Satu Kemahiran Ini Dalam Resume

Bekerja Dalam Kumpulan

Tidak kira di dalam jabatan mana pun anda akan berada, bekerja dalam kumpulan adalah satu perkara yang anda tidak dapat elakkan. Majikan akan pastikan calon yang dipilih mampu bekerja dalam kumpulan untuk mengelakkan berlaku masalah pada masa akan datang.

Pekerja tidak mampu bekerja dalam kumpulan adalah pekerja yang bermasalah. Bekerja dalam kumpulan adalah penting untuk bertukar-tukar pendapat dan membentuk hubungan positif dengan rakan sekerja. Jadi pastikan anda ada kemahiran ini!

Pastikan Anda Kuasiai Salah Satu Kemahiran Ini Dalam Resume

Pengurusan

Kemahiran pengurusan ini bukanlah sekadar bijak mengurus kekemasan meja, Bukan itu yang dicari! Kemahiran pengurusan yang dicari adalah bijak mengurus tugasan yang diberi, mengurus masa selesaikan tugas dan yang paling penting adalah pengurusan diri.

Jika anda nak tonjolkan bahawa diri anda mempunyai kemahiran pengurusan yang tinggi, anda boleh serlahkah melalui resume yang kemas dan teratur.

Pastikan Anda Kuasiai Salah Satu Kemahiran Ini Dalam Resume

Adakah anda mempunyai salah satu kemahiran di atas? Jika anda ada semua kemahiran yang dinyatakan lagi bagus! Kemahiran-kemahiran ini memang akan diambil kira oleh majikan dalam mengambil calon bekerja.

Anda rasa anda tidak mempunyai kemahiran yang disebutkan? Masih belum terlambat untuk anda perbaiki diri.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma