Permohonan Bantuan Zakat UiTM Dibuka Secara Atas Talian
Memandangkan penularan wabak Covid-19 kini kembali berleluasa di daerah Selangor, permohonan bantuan zakat UiTM bagi kampus-kampus terpilih adalah dibuka secara atas talian (online).
Kepada pelajar UiTM yang layak dan berhak memohon bolehlah mengemukakan permohonan secara online dengan kadar segera.
Semak maklumat permohonan dan kaedah temuduga pelajar perkongsian bawah.
Isi Kandungan
KAMPUS UiTM YANG TERLIBAT
Hanya kampus-kampus UiTM berikut sahaja boleh membuat permohonan bantuan zakat secara online:
- Shah Alam
- Puncak Alam
- Puncak Perdana
- Sungai Buloh
- Seksyen 17
- Selayang
- Dengkil
CARA MEMOHON
Permohonan bantuan zakat bagi pelajar UiTM kampus terlibat boleh dibuat melalui iStudent Portal UiTM pada tarikh berikut:
- 5 Oktober – 13 November 2020
MAKLUMAT TEMUDUGA ZAKAT
Temuduga zakat pelajar UiTM kampus terpilih adalah dilaksanakan seperti berikut:
- Mula: 12 Oktober 2020
- Tutup: 10 Disember 2020
- Pagi: 9 pagi – 12.45 tengah hari
- Rehat: 1 petang – 2.30 petang
- Petang: 2.30 petang – 4.30 petang
KAEDAH TEMUDUGA
- Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam mengambil maklum berkenaan status terkini penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia, justeru TIADA SESI TEMUDUGA SECARA FIZIKAL AKAN DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 20204 – SESI 1 2020/2021 INI.
- Pelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga di dalam sistem E-Zakat setelah status permohonan pelajar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG. Temuduga hanya dijalankan pada hari RABU, KHAMIS dan JUMAAT sahaja pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum)
- Pelajar Kampus Shah Alam hendaklah menghubungi Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam
- Pelajar Kampus UiTM Cawangan Selangor (UCS) hendaklah berurusan dengan Ustazah Noor Rashidah A Rahman, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan bagi urusan temuduga
- Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG akan ditemuduga secara panggilan telefon atau online
- Kegagalan pelajar untuk menghubungi Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam dari UiTM Cawangan Selangor (UCS) pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.
TALIAN PANEL PENEMUDUGA
Kampus Shah Alam:
- En. Mohd Nur Hafiz bin Mohd Asri: 03 55442674
- En. Muhammad Faisol Bin Alwi: 03 55442363
- En. Mohd Izwan bin Ruslan: 03 554435638
- En. Muhammad Nazmi Aiman Bin Noor Azlin: 03 55442673
- Talian Am Pejabat: 03 55443115
UiTM Cawangan Selangor (UCS) – Kampus Puncak Alam/Puncak Perdana/Sg. Buloh/Seksyen 17/Selayang/Dengkil
- Ustazah Noor Rashidah A. Rahman: 03 32584106