Pemilihan Jenis Kereta Yang Sesuai Bagi Golongan T40, M40 & T20 Berdasarkan Pendapatan

Sekarang ni menjadi trend dah masing-masing nak bersaing kereta siapa yang paling mahal. Jangan begitu, setiap orang patut tahu kemampuan diri masing-masing sebelum memilih kereta. Anda berada dalam golongan B40, M40 atau T20?

Ketahui jenis kereta yang sesuai dengan pendapatan anda!

Jangan hanya disebabkan nak kereta yang nampak mahal, anda kesesakan duit setiap bulan dan terpaksa berhutang dengan orang.

JENIS KERETA YANG SESUAI IKUT KEMAMPUAN

Golongan B40

Pendapatan isi rumah bagi golongan B40 adalah di bawah RM4,8,49. Kereta yang sihat bagi keluarga kecil ini adalah yang jimat minyak dan mudah diselenggara. Bagi kereta baru harga kereta yang sesuai adalah RM36,000 kebawah sahaja.

Contohnya model Axia, Saga dan Bezaa 1.0 boleh dibeli pada harga ini. Jika anak ramai pula boleh pertimbangkan kereta Alza terpakai yang bawah usia 5 tahun masih baik.

Baca juga: Fresh Graduate Boleh Beli Kereta Dengan 0% Downpayment Melalui Skim Graduan. Ini Cara Mohon

Pemilihan Jenis Kereta Yang Sesuai Bagi Golongan T40, M40 & T20 Berdasarkan Pendapatan

Golongan M40

Pendapatan isi rumah bagi golongan M40 adalah RM4,850 hingga RM10,959. Kereta yang sihat bagi keluarga ini adalah yang jimat minyak, mudah diselenggara dan selesa.

Bagi kereta baru harga kereta yang sesuai adalah berniali sekitar RM75,300 ke bawah. Contohnya model Exora, Almera, Aruz, Alza, Avanza, Vios, City, Jazz boleh dibeli pada harga ini.

Pemilihan Jenis Kereta Yang Sesuai Bagi Golongan T40, M40 & T20 Berdasarkan Pendapatan

Golongan T20

Pendapatan isi rumah bagi golongan T20 adalah RM10,959 ke atas. Kereta yang sihat bagi keluarga ini adalah yang selamat, prestasi tinggi, mewah dan selesai.

Bagi kereta baru harga kereta yang sesuai bernilai sekitar RM120,000. Contohnya model X70, Camry, Civic, Santa fe, CRV, HRV, Accord, Stream, VW golf dan lain-lain berdasarkan pendapatan masing-masing. Pilihan kereta bagi golongan ini sebenarnya tiada batasan jika melepasi minima gaji mereka.

Pemilihan Jenis Kereta Yang Sesuai Bagi Golongan T40, M40 & T20 Berdasarkan Pendapatan

Walaubagaimanapun, sebelum membeli kereta, pastikan anda ketahui sama ada anda mampu bayar atau tidak. Ambil kira juga komitmen-komitmen lain yang perlu anda bayar setiap bulan. Jangan disebabkan nak nampak mewah, sanggup ikut perut kerana kesesakan wang habir bayar komitmen.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Berapa Harga Rumah Yang Layak Untuk Anda Berdasarkan Gaji Bulanan? Rujuk Di Sini

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma