Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPG Terbuka Buat Lepasan Ijazah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jerman dan Bahasa Korea di Institusi Pendidikan Guru ambilan Oktober 2022.
Anda merupakan graduan dari bidang bukan pendidikan/ pendidikan dan berminat dengan kerjaya sebagai seorang guru? Jom mohon sekarang! Pengambilan calon guru bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) adalah secara sepenuh masa.
Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan ke program yang ditawarkan di bawah.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
Pengambilan calon guru bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) sepenuh masa ambilan Oktober 2022.
- Mod Program: Sepenuh Masa
- Pelaksanaan: Perdana
- Tempoh Pengajian: Satu tahun / tiga semester
- Tempat Pengajian: IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
- Bidang Pengkhususan yang ditawarkan:
i) Bahasa Jerman
ii) Bahasa Korea
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan penawaran Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi pengambilan Oktober 2022 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 19 April 2022 hingga 28 April 2022
SYARAT KELAYAKAN
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
Syarat umum
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1987
Syarat Akademik
Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
- Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh didapati DI SINI
- Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.50 ke atas
- Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V) dan
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan
Syarat Kelayakan Bidang Pengkhususan
Bahasa Jerman
- Memiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2 atau TDN 3 dalam Deutsch als Frendsprache (TestDaf)
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jerman / UA yang diiktiraf oleh MQA
Bahasa Korea
- Memiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of Proficiency in Korean (TOPIK 3)
- Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Korea / UA yang diiktiraf oleh MQA
CARA MOHON
Permohonan kemasukan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan IPG Ambilan Oktober 2022 adalah dibuka mulai 19 April 2022 hingga 28 April 2022. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web berikut:
Calon yang didapati memberi maklumat palsu dalam borang permohonan, Kerajaan Malaysia boleh menarik balik surat tawaran dan boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 (Akta 574) Kanun Keseksaan.
Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya menduduki e-UKCG boleh disemak menerusi https://mypdpp.moe.gov.my/ba
Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (PPG/PDPP-2020) serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.