Permohonan Biasiswa Endowment UiTM Sehingga RM3,500 Sebulan Kini Dibuka
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan bangganya telah mengumumkan program biasiswa pertamanya yang menawarkan bantuan kewangan ganjaran untuk pelajar yang sedang mengejar pengajian dan pascasiswazah mereka.
Biasiswa berprestij dan berdaya saing ini dipanggil Biasiswa Endowment UiTM dan kini dibuka untuk permohonan. Calon terbaik yang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara dijemput untuk memohon.
Semak syarat kelayakan dan maklumat biasiswa di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak memohon Biasiswa Endowment UiTM:
- Terbuka kepada pascasiswazah dan prasiswazah sepenuh masa(research mode)
- Bukan penerima biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi (kecuali zakat, dermasiswa, hadiah atau apa-apa jenis biasiswa)
- Jika anda kontrak pinjaman sebelum ini, batalkan atau tangguh dari penaja sebelumnya untuk lulus permohonan biasiswa ini
- Tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap (pelajar klinik UiTM dikecualikan)
- Tidak mempunyai rekod jenayah
- Tidak mempunyai hutang yang serius atau muflis
- Belum disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan (Malaysia / luar negara)
Semak syarat kelayakan akademik setiap peringkat pengajian DI SINI.
TEMPOH & KADAR BIASISWA ENDOWMENT UiTM
Ijazah Sarjana Muda
- Maksima pembiayaan biasiswa 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis program pengajian.
- Kadar biasiswa RM750 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti.
Ijazah Sarjana
- Maksima pembiayaan biasiswa selama 2 tahun
- Kadar biasiswa RM2,000 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti
PhD
- Maksima pembiayaan biasiswa hingga 4 tahun
- Kadar biasiswa RM3,000 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti
Ijazah Sarjana Luar Negara
- Kadar biasiswa RM2,500 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti
PhD Luar Negara
- Kadar biasiswa RM3,500 sebulan + yuran pengajian yang akan dibayar terus ke pihak universiti
MEKANISMA PEMANTAUAN
- Penerima Biasiswa Endowment UiTM Ijazah Sarjana Muda akan dipantau berdasarkan keputusan peperiksaan akhir setiap semester. Penerima perlu memperoleh sekurang-kurangnya IPK 3.50 untuk mengekalkan biasiswa
- Penerima Sarjana atau PhD akan dipantau setiap enam bulan di mana penerima perlu membuat laporan kemajuannya kepada ahli jawatankuasa biasiswa.
- Kemajuan dan pencapaian penerima harus merangkumi maklumat berikut bergantung pada fasa kajian:
i) Kemajuan kerja penyelidikan
ii) Hasil penerbitan penyelidikan
iii) Hasil / penemuan inovasi dan lain-lain
CARA MEMOHON
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon Biasiswa Endowment UiTM, anda boleh buat permohonan sebelum 15 Oktober 2020. Anda perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan sediakan dokumen yang diperlukan. Klik butang di bawah untuk download borang permohonan:
BORANG PERMOHONAN BIASISWA ENDOWMENT UITM
SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap beserta dokumen perlu dihantar ke alamat berikut:
- Director Endowment Unit
Level 20, Tower 2,
Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah
Universiti Teknologi MARA
40450, Shah Alam
Selangor, Malaysia
Tel : +603-5544 2024
Atau secara email ke alamat berikut:
- Email: endowment@uitm.edu.my