Selain Elaun Bulanan, Ini Faedah Program Latihan Kerja PROTÉGÉ Kepada Graduan Yang Ramai Tak Tahu
Dengan lambakan graduan lepasan universiti pada masa kini, peluang untuk memperoleh pekerjaan boleh dikatakan agak sukar dan tipis. Tambahan pula kebanyakan syarikat lebih memilih untuk ambil orang yang berpengalaman bekerja berbanding lepasan graduan.
Namun, graduan mestilah bijak dalam meningkatkan kebolehpasaran diri dan kemahiran diri untuk memasuki pasaran kerja.
Program PROTEGE adalah pilihan yang terbaik boleh graduan yang sedang menganggur ikuti bagi membentuk kemahiran kerja yang lebih baik.
Isi Kandungan
APA ITU PROTEGE
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) telah dilancarkan pada 28 Januari 2019 merupakan satu program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.
Misi PROTEGE adalah memupuk potensi belia melalui peningkatan kemahiran keusahawanan dan profesional untuk menambah nilai kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan atau keusahawanan.
FAEDAH PROTEGE KEPADA GRADUAN
Berikut adalah faedah daripada program latihan PROTEGE yang bakal graduan miliki:
- Mendapat latihan kemahiran insaniah (Soft-skill Training) dan latihan di tempat kerja (On-The-Job Training) beserta elaun bulanan yang ditaja oleh pihak syarikat
- Pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat terkemuka yang terdiri daripada pelbagai sektor di seluruh Malaysia
- Meningkatkan nilai kebolehgajian graduan di dalam pasaran pekerjaan sebagai calon yang berpotensi untuk diambil bekerja kerana telah dilengkapi dengan latihan komprehensif semasa di program SL1M
- Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran para graduan untuk mendapatkan pekerjaan sama ada di syarikat yang melatih atau syarikat-syarikat lain
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN
Latihan Keusahawanan:
- PROTÉGÉ Entreprenuership Intern
- PROTÉGÉ Boot Camp
- PROTÉGÉ Business Accelerator
- PROTÉGÉ CO-OP
- PROTÉGÉ IN ICT
Latihan Kebolehpasaran:
- PROTÉGÉ Ready To Work (RTW)
- PROTÉGÉ Booster
- PROTÉGÉ For Industry
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk serta program PROTÉGÉ yang ditawarkan:
- Graduan mestilah Warganegara Malaysia yang mempunyai keperibadian positif serta komited
- Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dan ke atas
- Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam atau luar negara
- Graduan perlu menghadiri temu duga PROTÉGÉ.
- Kegagalan memberi maklumbalas atau menghadiri temu duga bermaksud graduan tidak lagi berminat dan tidak lagi memerlukan bantuan melalui PROTÉGÉ. Oleh yang demikian, maklumat peserta akan dikeluarkan dari senarai peserta aktif untuk tujuan suai padan dengan syarikat
Program latihan PROTÉGÉ adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk graduan memasuki alam pekerjaan. Graduan tidak patut lepaskan peluang yang ditawarkan. Bagi yang sedang mengganggur sekarang, jangan buang masa anda begitu sahaja! Sertai PROTÉGÉ bagi meningkatkan kemahiran diri.
Permohonan latihan program PROTÉGÉ boleh dibuat di laman protege.my.