Daftar Expert Craftsman Programme: Program Latihan untuk Siswazah (PLUS)

Johor Skills Development Centre dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera menawarkan Program Latihan Untuk Siswazah (PLUS) buat warganegara Malaysia lepasan Ijazah dan Diploma dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal kepada graduan yang masih menganggur dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh pihak industri dan membuka peluang pekerjaan berasaskan berasaskan kemahiran yang dipelajari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan.

NAMA PROGRAM

  • Expert Craftsman Integrated Fixture Machaning Process (2 bulan)
  • Expert Craftsman in  Mechatronic (Mechatronic System) (2 bulan)

FAEDAH PROGRAM

Antara faedah yang ditawarkan kepada peserta adalah:

  • Yuran pengajian ditanggung oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)
  • Elaun akan diberikan dalam tempoh pengajian
  • Asrama disediakan dengan bayaran minima

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menyertai program:

  • Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, CGPA minimum 2.50)
  • Berumur antara 21-26 tahun semasa memohon
  • Tidak melebihi tempoh TIGA TAHUN selepas bergraduasi dari sijil tertinggi yang dimiliki
  • Tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan dan latihan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sediakan dokumen-dokumen berikut untuk membuat permohonan:

  • Gambar berukuran passport (berwarna)
  • Salinan MyKad pemohon (salinan disahkan)
  • Salinan Sijil Kelahiran pemohon (salinan disahkan)
  • Salinan Skrol atau Surat Bergraduasi Diploma/Ijazah Sarjana Muda dan transkrip (salinan disahkan)
  • Salinan slip gaji / surat pengesahan pendapatan / Penyata Cukai ibubapa / penjaga / suami / isteri (salinan disahkan)
  • Salinan MyKad Bapa atau Ibu (salinan disahkan)
  •  Salinan Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa (salinan disahkan)
  • Salinan Sijil Kematian sekiranya berkenaan (salinan disahkan)
  • Mana-mana dokumen yang mengesahkan status Bumiputera sekiranya tidak dinyatakan dalam Surat Beranak (salinan  disahkan)

Sila dapatkan pengesahan bagi salinan-salinan dokumen yang diperlukan daripada mana-mana pegawai berikut :

Pengurusan dan Professional (Kumpulan A), Pengamal Undang-Undang, Jaksa Pendamai, Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Imam Masjid, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang bertauliah.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online di pautan berikut:

Pemohon perlu lengkapkan borang permohonan dan muat naik semua dokumen yang disenaraikan di atas. Semua salinan dengan pengesahan perlu diimbas dengan jelas dan DITUKAR KEPADA FORMAT .pdf.

Setiap dokumen perlu diberi tajuk / nama menggunakan nama penuh anda dan jenis dokumen yang dimuat naik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 07 2521606/08.

Daftar Expert Craftman Programme: Program Latihan untuk Siswazah (Plus)

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma