Info

Adakah Pelajar Sepenuh Masa & Separuh Masa Layak Terima BPN 2.0 Kategori Bujang? Baca Sini

September 28, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca

Seperti yang kita tahu, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang baru-baru ini diumumkan adalah diperuntukkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak.

Sebagai pelajar IPT yang berstatus bujang atau isi rumah, pasti ada juga yang tertanya-tanya sama ada mereka layak atau tidak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Maklumlah, kerajaan tidak mengumumkan bantuan buat pelajar.

Adakah pelajar sepenuh masa dan separuh masa layak terima BPN 2.0?

PELAJAR SEPENUH MASA

Sekiranya anda merupakan pemohon bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa, anda TIDAK LAYAK untuk menerima BPN 2.0.Adakah Pelajar Sepenuh Masa & Separuh Masa Layak Menerima BPN 2.0?

PELAJAR SEPARUH MASA

Permohonan kategori bujang atau isi rumah yang berstatus pelajar separuh masa adalah LAYAK untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 sekiranya menepati syarat kelayakan.

Adakah Pelajar Sepenuh Masa & Separuh Masa Layak Menerima BPN 2.0?

Sekiranya anda LAYAK dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan belum pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional yang sebelum ini, anda boleh membuat permohonan baru mulai 15 Oktober melalui pautan berikut:

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada pelajar sepenuh masa dan separuh masa yang masih keliru dengan status kelayakan permohonan BPN 2.0. Peniaga mikro yang layak boleh memohon Geran Khas Prihatin dan terima RM3,000 secara one off.

Topik artikel ini
Info Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Update Pantas Join Telegram EduBestari Notis penting, semakan dan artikel terbaru terus ke telefon anda