Ramai Veteran ATM Tak Tahu Mereka Kini Boleh Mohon Kerja Melalui Sistem Khas Ini •Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Mula Panggil Temu Duga Guru DG9 Tahun 2026 Bermula 12 Mei •Permohonan Pengajian Islam & Bahasa Arab Ke Algeria, Tunisia, Libya, Oman Dan Cape Town Dibuka Bagi Sesi 2026/2027 •Bank Negara Malaysia Buka Permohonan Kijang Graduate Programme Mei 2026 •Keputusan UPU Lepasan SPM 2026 Diumum 22 Mei: Ini Tarikh Semakan, Rayuan & Setuju Terima Tawaran • Ramai Veteran ATM Tak Tahu Mereka Kini Boleh Mohon Kerja Melalui Sistem Khas Ini •Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Mula Panggil Temu Duga Guru DG9 Tahun 2026 Bermula 12 Mei •Permohonan Pengajian Islam & Bahasa Arab Ke Algeria, Tunisia, Libya, Oman Dan Cape Town Dibuka Bagi Sesi 2026/2027 •Bank Negara Malaysia Buka Permohonan Kijang Graduate Programme Mei 2026 •Keputusan UPU Lepasan SPM 2026 Diumum 22 Mei: Ini Tarikh Semakan, Rayuan & Setuju Terima Tawaran •

Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 & Tarikh Semakan Status Kelulusan

Oleh Cikgu Shaari • September 24, 2020 • 2 min baca

Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 & Tarikh Semakan Status Kelulusan
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam perutusan Kita Prihatin, hampir 7 bilion diperuntukkan untuk membantu rakyat melalui Bantuan Prihatin Nasional 2.0.

Pelaksanaan bantuan tunai akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang layak.

Sudah tentu bantuan BPN 2.0 merupakan antara bantuan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat. Berikut merupakan info penuh permohonan bantuan BPN 2.0, pendaftaran dan permohonan.

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0

Untuk makluman anda, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa anda TIDAK PERLU membuat sebarang permohonan baru sekiranya anda LAYAK menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang lepas.

Bagi yang tidak layak atau tidak membuat permohonan BPN yang lepas, permohonan baru akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.

Baca juga: Permohonan Geran Khas PRIHATIN GKP Hasil: Link Semakan & Pendaftaran Bantuan RM3000 Untuk PKS

KADAR BANTUAN BPN 2.0 MENGIKUT KATEGORI

Kadar bayaran BPN 2.0 akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

  • Isi rumah B40 : RM1,000
  • Bujang B40 : RM500
  • Isi Rumah M40 : RM600
  • Bujang M40 : RM300

Semak maklumat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 di bawah.

PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0

Sekiranya anda tidak membuat permohonan atau tidak lulus permohonan Bantuan Sara Hidup (BPN) yang lepas, anda boleh membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup (BPN) 2.0 mulai 15 Oktober 2020 di pautan berikut:

Laman permohonan akan dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN:

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan Klik CARI. Status permohonan akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN BPN 2.0

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada pemohon yang layak akan dilakukan secara ansuran sebanyak 2 kali.

  • Bayaran Pertama: Hujung bulan Oktober 2020
  • Bayaran Kedua: Januari 2021

Baca juga: Senarai Bantuan Baru Kita Prihatin Yang Diumumkan Oleh PM

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.