Permohonan Baru Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Bagi Permohonan Ditolak
Anda sudah buat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal yang berjumlah RM300 pada Jun lalu namun permohonan anda gagal? Untuk makluman anda, permohonan yang ditolak atas sebab-sebab tertentu kini boleh buat permohonan baru bagi Bantuan Khas Ibu Tunggal.
Semak punca permohonan anda ditolak dan cara membuat permohonan baru Bantuan Khas Ibu Tunggal di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PUNCA PERMOHONAN DITOLAK
Berikut adalah punca yang dikenalpasti menyebabkan permohonan lama ditolak:
- Permohonan tidak lengkap.
- Dokumen tidak dimuat naik
- Dokumen tidak lengkap seperti surat cerai, sijil kematian suami, sijil kelahiran anak
- Tidak memenuhi syarat permohonan
- Tidak mempunyai akaun bank
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT
Bagi pemohon yang telah membuat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal yang lalu, anda sudah boleh buat semakan status permohonan melalui pautan berikut:
Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, anda boleh buat permohonan baru seperti yang dikongsikan di bawah.
IBU TUNGGAL YANG LAYAK
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015 – 2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi Perempuan (Warganegara ) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi ketagori:
- Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
- Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pemohon perlu muat naik dokumen-dokumen berikut bagi membuat permohonan yang lengkap:
- Salinan MyKad
- Salinan Penyata Akaun Tahun Semasa
- Salinan Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
- Salinan Sijil Kelahiran Anak Yang belum Berkahwin / MyKid / MyKad / Sijil Pengangkatan daripada JPN
- Slip gaji terkini (jika berkenaan)
- Pengesahan pendapatan atau lain-lain dokumen sokongan (Contoh Surat Pengesahan daripada Majikan/Penghulu)
- Surat Akuan Doktor (jika berkenaan)
- Surat Akaun Sumpah (sekiranya masih dalam proses penceraian)
Dokumen salinan hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah.
Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
PERMOHONAN BARU BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL
Secara Online
Bagi permohonan yang ditolak sebelum ini, anda boleh isi Borang Permohonan baru secara online melalui pautan berikut:
Lengkapkan maklumat pemohon seperti yang diminta. Pemohon diminta untuk muat naik dokumen berkenaan seperti yang disenaraikan di atas. Setelah lengkap borang permohonan akhir sekali klik HANTAR.
Kegagalan pemohon membuat permohonan yang tidak benar atau tidak muat naik dokumen yang diminta tidak akan diterima.
Secara Manual
Sekiranya anda ingin membuat permohonan secara manual, anda boleh terus ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (JPWSN)/ JKN Negeri berdekatan anda untuk mendapatkan borang permohonan secara manual ataupun download dan cetak borang di bawah:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL
Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke pejabat JPW/JKM berdekatan bersama-sama dengan dokumen yang disenaraikan di atas.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh terus ke Pejabat Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda atau hubungi talian 603 8323 1000 / emel ke alamat infojpw@jpw.gov.my,
Baca juga: Cara Daftar Bantuan Ibu Tunggal Online Serta Kelebihan Yang Bakal Diterima