Langkah Mudah Claim Balik Duit Yang Tiba-tiba Hilang Dari Akaun Maybank
Pernah terjadi tak pada diri anda, duit dari Maybank tiba-tiba hilang entah ke mana? Padahal anda tidak melakukan sebarang transaksi atau pengeluaran pun. Macam mana nak buat? Sebenarnya ramai yang menghadapi masalah ini. Walaupun jumlahnya sedikit, tetapi tetap bermakna kerana ada juga individu yang wangnya ditolak kerap kali secara sedikit-sedikit.
Sekiranya masalah ini berlaku kepada anda, sebenarnya anda boleh claim atau tuntut balik wang yang hilang dari akaun Maybank. Ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
LANGKAH CLAIM/TUNTUT DUIT HILANG DARI MAYBANK
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk tuntut balik wang yang hilang dari akaun Maybank:
- Hubungi talian yang tertera pada ATM anda iaitu nombor hotline 1-300-88-6688
- Buat aduan menyatakan bahawa duit anda telah hilang dari akaun
- Operator Maybank akan minta anda download borang DIPUTE FORM dan minta anda emel ke disputemgmt@maybank.com.my setelah borang siap di isi
ATAU
- Hubungi cawangan Bank Negara berdekatan dan buat report mengenai kehilangan duit dalam akaun Maybank
- Hantar email detail aduan ke cfrm@maybank.com.my dan cc emel anda ke Bank Negara di alamat bnmtelelink@bnm.gov.my
- Maybank akan membuat siasatan atas aduan anda dalam masa 60 hari waktu bekerja
- Untuk percepatkan proses siasatan, anda boleh buat surat aduan lain kepada Maybank dan cc ke Bank Negera
- Dalam masa 18 hari (ikut proses siasatan) anda akan menerima emel dan duit refund dari Maybank akan masuk ke akaun anda.
CONTOH EMEL DARI MAYBANK
Berikut adalah contoh emel yang akan anda terima dari pihak Maybank:
MAYBANK AKAN REFUND DAN MASUKKAN KE AKAUN ANDA
Berikut adalah contoh proses refund daripada pihak Maybank dilakukan dengan jayanya. Wang tuntutan akan terus dimasukkan ke akaun Maybank anda:
Jadi lepasni jika anda cek penyata Maybank dan perasan ada duit keluar tanpa anda tahu anda boleh cuba ikut langkah yang dikongsikan untuk claim balik. Untuk pengetahuan pengguna Maybank, anda boleh menabung menggunakan Maybank2u! Hanya masukkan target dan jumlah bulanan yang ingin dipotong, anda dapat menabung dengan jayanya dengan mudah.
Baca sini: Cara Paling Mudah Menabung Hanya Guna Maybank2u
Selamat mencuba!