Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Paling Mudah Menabung Secara Paksa Hanya Guna Maybank2u

Oleh Cikgu Shaari • September 6, 2022 • 3 min baca

Cara Paling Mudah Menabung Secara Paksa Hanya Guna Maybank2u
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bila dengar sahaja perkataan menabung, pasti ramai yang ada impian nak menabung kan? Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza-beza. ‘Goal’ semua orang tidak sama. Ada yang nak menyimpan untuk kahwin, melancong, belajar dan macam-macam lagi.

Nak mula menabung memang senang, tetapi nak konsisten itu perkara yang paling susah nak buat! Tambah-tambah sekarang ini banyak platform online shopping, memang susah wang simpanan nak melekat dalam bank.

Tahu tak sebenarnya anda boleh menabung dengan hanya guna Maybank2u? Setiap bulan wang automatik ditolak dari bank anda seperti yang anda tetapkan dan masuk ke tabung.

Kaedah tabungan ini dipanggil tabungan paksaan. Sanggup atau tidak, wang anda akan disimpan setiap bulan ke tabung! Pasti berkesan bagi yang betul-betul nak menabung.

Baca juga: Cara Daftar Akaun Maybank2u. Panduan Lengkap Dengan Gambar

CREATE GOAL DI MAYBANK2U

Satu tabung di Maybank2u yang ramai tidak tahu dipanggil Create Goal+. Ini serba sedikit mengenai Create Goal Maybank2u yang perlu anda tahu:

  • Kena tahu apa Goal anda. Contohnya untuk kahwin, melancong, shopping, beli kereta, bayar roadtax atau lain-lain
  • Kena set berapa nak simpan setiap bulan. Maybank2u akan tolak duit dari akaun seperti yang ditetapkan. Anda boleh ubah bila-bila masa
  • Set tempoh simpanan yang anda nak buat
  • Bila dah tiba tempoh matang, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank

CARA MENABUNG GUNA MAYBANK2U

Login ke maybank2u.com

Cara Paling Mudah Menabung Hanya Guna Maybank2u

Scroll ke bawah dan anda akan jumpa Create Goal+

Cara Paling Mudah Menabung Hanya Guna Maybank2u

Masukkan kategori (travel, shopping, gift, family, education atau others). Letak goal name anda. Contohnya target travel ke umrah, letak umrah. Di bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Pilih tolak daripada Saving Account dan letakkan jumlah yang anda target di Goal Amount.

Cara Paling Mudah Menabung Hanya Guna Maybank2u

Letak jumlah deposit anda sebagai permulaan dan masukkan jumlah yang nak ditolak setiap bulan dari akaun. Setkan Starting Date iaitu setiap berapa haribulan nak duit ditolak. Klik Start untuk mula menabung.

Cara Paling Mudah Menabung Hanya Guna Maybank2u

Siap cek dan sahkan, anda klik Confirm.

Cara Paling Mudah Menabung Hanya Guna Maybank2u

Anda dah berjaya set Goal anda di Maybank2u! Kalau nak tambah goal lain pun boleh, klik sahaja Create Goal+. Anda juga boleh cancel goal anda dengan klik 3 titik di bawah jumlah tersebut. Wang akan dikembalikan ke dalam akaun anda.

Cara Paling Mudah Menabung Hanya Guna Maybank2u

Mudah kan? Sebenarnya simpanan secara paksaan seperti ini lah kaedah yang paling mujarab sekali untuk buat simpanan secara konsisten. Selepas set kan simpanan, wang ditolak setiap bulan tanpa sedar. Sedar-sedar simpanan sudah nak mencapai goal anda!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk membantu anda mulakan menabung dengan mudah. Selamat mencuba!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.