Penerbangan Khas Kementerian Pengajian Tinggi Untuk Mahasiswa. Mohon Sekarang
Berikutan dengan masalah penularan wabak COVID-19 yang telah mencetuskan PKP, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memahami masalah pelajar yang terpaksa berulang alik dari rumah ke IPT terutama pada pelajar yang belajar jauh dan perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk ke IPT.
KPT menawarkan penerbangan khas buat mahasiswa yang akan pulang ke Institut Pengajian tinggi (IPT) masing-masing untuk meneruskan sesi pengajian seperti biasa.
Isi Kandungan
TAWARAN POTONGAN 20% TIKET PENERBANGAN
KPT menawarkan potongan harga sebanyak 20% untuk setiap mahasiswa yang akan membuat penerbangan pulang ke IPT pada tarikh 25 September sehingga 20 Oktober 2020. Diskaun adalah ditawarkan kepada mahasiswa yang membuat tempahan individu melalui MH Explorer.
DESTINASI PILIHAN
Destinasi pilihan yang diberiki kepada mahasiswa adalah:
- KLIA
- Kota Kinabalu
- Tawau
- Sandakan
- Labuan
- Kuching
- Miri
- Sibu
- Bintulu
PERMOHONAN PENERBANGAN KHAS KPT
Permohonan penerbangan khas KPT untuk mahasiswa sudah boleh mula dibuat sehingga 13 September 2020. Klik pautan di bawah untuk lengkapkan permohonan:
Lengkapan maklumat seperti maklumat pemohon, tarikh penerbangan, lapangan terbang berlepas & mendarat. Klik SUBMIT setelah selepas isi.
Pihak MAS akan menghubungi anda bermula 14 September untuk pengesahan permohonan.
Semoga pemberian penerbangan khas oleh KPT ini sedikit sebanyak dapat membantu mahasiswa yang akan pulang untuk meneruskan pengajian di IPT masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai MAB di alamat email berikut:
- Iqra.rahim@malaysiaairlines.com
- syafiq.munir@malaysiaarlines.com
- shazrizam.sulaiman@malaysiaarlines.com
- nikshewalalif.nikzainorden@malaysiaarlines.com