Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Kursus Kemahiran Jangka Pendek ILKBS Secara Percuma

Oleh Cikgu Shaari • August 26, 2020 • 2 min baca

Permohonan Kursus Kemahiran Jangka Pendek ILKBS Secara Percuma
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Institut Latihan Kemahiran Belia & Sukan menawarkan 70 kursus kemahiran secara PERCUMA di 22 institusi seluruh Malaysia. ILKBS membuka peluang kepada belia bagi memperkasakan lagi belia negara menerusi Program Latihan Kemahiran Start@U atau Skill Training At Risk @ Youth.

Latihan jangka pendek ini mensasarkan 700 peserta menerusi 70 program dalam 14 bidang kemahiran. Peluang keemasan ini dibuka kepada 700 belia yang tidak mempunyai SPM untuk memiliki sijil kursus modular dan ia adalah percuma.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai permohonan program latihan kemahiran yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Belia berumur di antara 15 hingga 30 tahun;
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menceburi bidang keusahawanan;
  • Belia yang tinggal di kawasan yang berisiko;
  • Pendapatan keluarga dalam kelompok B40 dan M40;
  • Berminat dalam bidang yang ditawarkan;
  • Belia yang tidak pernah mengikuti apa-apa latihan kemahiran secara formal; dan
  • Belia yang diberhentikan kerja
  • Belia yang berminat untuk reskilled

TAWARAN BIDANG KEMAHIRAN

ILKBS menawarkan pelbagai bidang latihan kemahiran yang berbeza-beza mengikut negeri. Anda boleh semak senarai program kemahiran yang ditawarkan di borang permohonan.

PERMOHONAN STAR@U

Calon yang berminat boleh buat permohonan sekarang secara atas talian melalui pautan berikut:

Masukkan maklumat peribadi anda dan pilih lokasi Institusidan program latihan yang ditawarkan sehingga selesai. Klik SUBMIT jika selesai.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman kemahiran.kbs.gov.my atau @ilkbs.bpkb. Anda juga boleh hubungi talian 03 8871 3679 untuk sebarang pertanyaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.