Kriteria Pemilihan Pelajar Ke Sekolah Berasrama Penuh SBP Sesi 2021
Pada 15 April yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan UPSR dan PT3 bagi tahun ini dibatalkan, tetapi tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid bagi kemasukan ke SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Baca juga: Syarat Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja
Untuk makluman anda, kaedah pengambilan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tahun 2021 tidak lagi menggunakan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sebagai asas utama berikutan pembatalan kedua-dua peperiksaan itu apabila sekolah ditutup susulan PKP.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kriteria yang menjadi penilaian dalam pemilihan pelajar ke SBP tahun 2021.
Isi Kandungan
KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR KE SBP
Kriteria utama yang jadi penilaian untuk kemasukan murid Tahun Enam dan Tingkatan 3 ke SBP sesi 2021 adalah:
- Pencapaian dari awal persekolahan dan prestasi sejak sekolah dibuka semula selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Bagi pemilihan murid Tahun Enam ke SBP sesi 2021, penilaian akan dibuat berdasarkan prestasi mereka sejak memulakan persekolahan Tahun Satu
- Manakala bagi murid Tingkatan Tiga pula, penilaian adalah sejak mereka di Tingkatan Satu
- Kriteria tambahan adalah memberi keutamaan kepada murid daripada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40)
- Mereka yang tinggal di luar bandar atau kawasan pedalaman.
Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin menjelaskan bahawa kriteria lanjut untuk penilaian kemasukan murid ke SBP akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
UJIAN KHAS DALAM TALIAN
Selepas melepasi penilaian awal, calon murid ke SBP yang layak perlu mengambil satu ujian khas secara dalam talian sebelum mengikuti satu program khusus, antara lain bagi menguji daya kendiri, keyakinan dan keberanian serta aspek kepimpinan.
Selepas sekolah dibuka semula juga akan ada proses penilaian yang akan diadakan dalam bilik darjah. Pentaksiran ke asrama penuh bagi murid Tahun Enam dan Tingkatan Tiga akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
PERMOHONAN KE SPB
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menempatkan anak-anak lepasan UPSR dan PT3 ke Sekolah Berasrama Penuh atau Sekolah Khusus yang lain, permohonan boleh dilakukan secara atas talian pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Klik pautan berikut untuk semak tarikh dan cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan SBP:
Sebarang maklumat lanjut yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dimaklumkan kemudian. Ibu bapa boleh download Takwim Persekolahan Tahun 2021 yang disediakan di bawah untuk rujukan akan datang.