Senarai 25 Golongan Yang Tidak Layak Dapat BSH 2020

Sekiranya anda yakin anda layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk Fasa 3 tetapi bila buat semakan anda TIDAK LAYAK, mungkin anda tergolong dalam 25 golongan yang tidak layak dapat BSH ini. Ramai sebenarnya yang tidak sedar sebenarnya dirinya tidak layak mendapat bantuan ini kerana pernah terima bantuan dengan mudah sebelum ini.

Namun untuk makluman anda syarat kelayakan untuk menerima BSH kali ini adalah lebih ketat dan hanya golongan yang betul-betul memenuhi syarat kelayakan sahaja akan LULUS permohonan.

Cuba anda semak golongan yang tidak layak mendapat BSH 2020 yang dikongsikan ini. Mana tahu anda juga dalam golongan ini.

GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK MENERIMA BSH 2020

Anda TIDAK LAYAK menerima BSH 2020 sekiranya anda:

  1. Merupakan seorang warga asing yang tiada MYPR atau MYKIAS atau pendapatng tanpa izin PATI
  2. Berumur 29 tahun dan ke bawah dan masih lagi memegang status bujang (hanya bujang 40 tahun ke atas layak)
  3. Seorang ibu tunggal atau janda yang tiada anak tanggungan
  4. Seorang bapa tunggal atau duda yang tiada anak tanggungan
  5. Sekarang ini sedang berkelana dan tinggal di luar negara (oversea) samada sedang belajar atau bekerja di sana
  6. Berkahwin dengan warga asing tetapi masih lagi tiada anak kandung yang ada MYKID atau MYKAD
  7. Merupakan pemilik untuk 2 atau lebih daripada itu Syarikat Enterprise atau pemilikan tunggal (sole proprietor)
  8. Salah seorang daripada pemilik Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
  9. Nama didaftarkan dengan SSM
  10. Ada beli dan memiliki rumah kedai yang bernilai lebih RM500 ribu
  11. Merupakan pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lebih daripada 500 cc
  12. Mempunyai kereta import 1400cc atau lebih daripada itu
  13. Memiliki kereta Malaysia 2000 cc atau lebih daripada itu
  14. Merupakan seorang yang memegang status OKU di Malaysia tetapi masih lagi nama tidak tersenarai dalam ebantuan JKM
  15. Sama sekali tidak hantar permohonan BSH yang dibuka tempoh hari
  16. Tidak sertakan dokumen lengkap seperti:
    – sijil perkahwinan
    – bukti sahih anda telah tamatkan sijil ssm
    – bukti dokumen anda memang tinggal di Malaysia walaupun berulang alik ke Thailand atau Singapura untuk bekerja
    – segala butiran yang perlu dibuktikan dengan dokumen yang sah
    – surat kematian sekiranya suami atau isteri meninggal dunia
    – bukti hak penjagaan anak daripada mahkamah
    – lain-lain dokumen berkaitan
  17. Dikesan menghantar duplikasi permohonan dek kerana bekas suami juga menggunakan nama anda dan anak-anak ketika permohonan
  18. Dikesan menghantar duplikasi permohonan disebabkan suami telah hantar permohonan bersama madunya (poligami)
  19. Merupakan seorang warga emas atau orang tua yang tidak hidup melarat atau sebatang kara
  20. Tidak kemaskini BSH pada 1Februari hingga 15 Mac walaupun terdapat perubahan info. (Anda tidak layak dapat tambahan RM120 setiap anak)
  21. Mempunyai anak angkat tetapi tidak daftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara
  22. Mempunyai anak yang tidak daftar dengan JPN
  23. Mempunyai anak yang berumur 19 tahun ke atas tetapi tidak sambung belajar di mana-mana universiti awam di Malaysia
  24. Mempunyai anak yang sudah pun mempunyai gaji dan pendapatan sendiri
  25. Mempunyai anak yang bukan memegang status OKU

Sekiranya anda tidak tergolong dalam golongan yang disenaraikan di atas tetapi permohonan anda dalam status TIDAK LAYAK cuba anda semak Kesilapan Rayuan BSH 2020 Fasa 3 Yang Boleh Menyebabkan Permohonan Rayuan Anda Gagal.

Walaubagaimanapun sekiranya anda masih menghadapi kekeliruan berkaitan BSH 2020 anda boleh terus rujuk ke pejabat LHDN berdekatan.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma