Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Menyertai Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB, Terima Elaun Latihan RM500

Oleh Cikgu Shaari • August 17, 2020 • 2 min baca

Tawaran Menyertai Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB, Terima Elaun Latihan RM500
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan Program Perantisan Industri Pembinaan atau dinamakan Program Prihatin CIDN bagi individu yang diberhentikan kerja dan berpengalaman di dalam bidang pembinaan serta kepada graduan lepasan diploma atau ijazah.

Peserta yang layak akan diberikan elaun latihan sebanyak RM500 bagi penyertaan program yang berlangsung selama 11 hingga 20 hari mengikut program yang disertai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan program

OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program dijalankan adalah untuk:

  • Melatih individu / personal binaan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 melalui tajaan program latihan dan penilaian tahap penyeliaan dan pengurusan CIDB
  • Mentauliahkan individu / personal binaan ke arah pensijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) mengikut tahap kompetensi program
  • Membuka peluang kepada individu / personal binaan untuk meningkatkan kemahiran iaitu kemahiran baharu, Reskilling/Upskilling
  • Menempatkan individu / personal binaan yang berkelayakan ke program perantisan industri pembinaan CIDB

PROGRAM PENTAULIAHAN YANG DITAWARKAN

Antara program pentauliahan yang ditawarkan adalah:

  • Penyelia Tapak Binaan (CSS) – Tahap 4 (selama 12 hari)
  • Eksekutif Pengurusan Fasiliti (FME) – Tahap 4 (selama 12 hari)
  • Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan (CTMO) – tahap 4 (selama 11 hari)
  • Pengurus Pembinaan (CCM) – Tahap 5 (selama 20 hari)
  • Pengurus Pengurusan Fasiliti (FMM) – Tahap 5 (selama 15 hari)

SYARAT PENYERTAAN

Semak syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan berikut:

  • Individu / personal binaan yang diberhentikan kerja (berpengalaman di dalam bidang pembinaan)
  • Individu yang diberhentikan kerja (tiada pengalaman di dalam bidang pembinaan)
  • Individu / personal binaan yang masih bekerja di dalam industri pembinaan
  • Graduan lepasan Diploma atau Ijazah

PENYERTAAN PROGRAM PRIHATIN CIDB

Tawaran dibuka sekarang kepada individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan. Hantarkan resume / CV anda ke alamat emel berikut:

  • bkpp@cidb.gov.my

Untuk maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan, anda boleh terus hubungi CIDB Careline di talian 1 300 88 2432 atau emel ke alamat bkpp@cidb.gov.my.

Tawaran Menyertai Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB, Terima Elaun Latihan RM500

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.