Dah Cukup Umur Untuk Mengundi? Daftar Sekarang Secara Online Melalui MySPR Dengan Langkah Mudah Ini

Dah cukup umur untuk mengundi? Jika sudah, jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan daftarlah sebagai pengundi sekarang! Sekarang ini sudah tidak perlu pergi pejabat pos untuk mendaftar sebagai pengundi. Boleh dilakukan di rumah sahaja melalui sistem MySPR Daftar dengan langkah mudah yang akan dikongsikan ini.

Kenapa perlu mendaftar sebagai pengundi? Kerana anda berhak untuk buat pilihan dan menyokong yang terbaik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan daftar sebagai pengundi secara online melalui sistem MySPR.

SYARAT DAFTAR PENGUNDI

Untuk daftar sebagai pengundi, anda mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 21 tahun
  • Bermaustatin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tiada halangan/ hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

CARA DAFTAR PENGUNDI MELALUI MySPR

Untuk mendaftar sebagai pengundi melalui MySPR Daftar, anda hanya perlu ikut 3 langkah mudah ini.

Langkah 1

Pergi ke laman web MySPR Daftar dan klik MYSPR DAFTAR
Dah Cukup Umur Untuk Mengundi? Daftar Sekarang Secara Online Melalui MySPR Dengan Langkah Mudah Ini

Klik PERMOHONAN AKAUN BARU.
Dah Cukup Umur Untuk Mengundi? Daftar Sekarang Secara Online Melalui MySPR Dengan Langkah Mudah Ini

Lengkapkan maklumat peribadi yang diminta dan anda perlu muat naik gambar depan MyKad beserta gambar swafoto (selfie) bersama MyKad. Bila selesai isi, klik HANTAR

Dah Cukup Umur Untuk Mengundi? Daftar Sekarang Secara Online Melalui MySPR Dengan Langkah Mudah Ini

Dah Cukup Umur Untuk Mengundi? Daftar Sekarang Secara Online Melalui MySPR Dengan Langkah Mudah Ini

Langkah 2

Aktifkan akaun pengguna sebelum membuat pendaftaran sebagai pengundi. Emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan. Anda hanya perlu klik LINK PENGAKTIFAN yang diterima.

Lihat paparan PENGAKTIFAN AKAUN dan lakukan pendaftaran sebagai pengundi sehingga selesai.

Langkah 3

Setelah selesai daftar dan aktifkan akaun, anda boleh log masuk ke MySPR Daftar dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan password yang dibina.

Dah Cukup Umur Untuk Mengundi? Daftar Sekarang Secara Online Melalui MySPR Dengan Langkah Mudah Ini

Klik pada STATUS SAYA dan seterusnya BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT). Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat yang diminta. Selesaikan pendaftaran ikut langkah yang demi langkah.

Mohon Nombor TAC dan masukkan Nombor TAC yang diterima melalu SMS. Klik HANTAR. Klik CETAK BORANG A untuk cetak borang.

Pendaftaran selesai!

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH & PUSAT MENGUNDI

Jika sudah selesai buat pendaftaran mengundi, anda boleh semak daftar pemilih dan pusat mengundi anda di laman berikut:

Mudah kan? Dengan kecanggihan zaman sekarang hampir semua urusan boleh dilakukan secara atas talian sahaja! Namun bagi yang ingin membuat pendaftaran secara manual juga boleh. Anda perlu hadir ke Pejabat Pos berdekatan anda dan serahkan kad pengenalan serta turunkan cap jari.

Jom laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia sekarang!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma