Tawaran Biasiswa Tajaan MARA Buat Lepasan SPM Untuk Program Pembangunan Bakat Muda

MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti Young Talent Development Programme (YTP) bermula dari peringkat persediaan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Pelajar lepasan SPM yang berminat mengikuti program yang ditawarkan boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup melalui laman yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan lanjut permohonan.
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan dibuka selama 10 hari iaitu sepanjang tempoh berikut:
- 17 Jun hingga 27 Jun 2022
*TERKINI: Pelajar yang telah membuat permohonan Program YTP dikehendaki menyemak, mengemaskini maklumat dan menghantar semula permohonan.
- Tarikh kemaskini: AKAN DIKEMASKINI
SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat umum permohonan Program YTP adalah seperti di bawah:
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara
Malaysia. - Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.
Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya kelayakan berikut:
- Tiga (3) A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam peperiksaan percubaan SPM, ATAU - Tiga (3) A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2019 (bagi pemohon yang
tiada keputusan percubaan SPM). - Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Enam (6) A- bagi keputusan peperiksaan sebenar SPM
- Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi Program YTP
SENARAI PROGRAM
Semak senarai program YTP yang ditawarkan beserta syarat khusus program di bawah:
CARA MEMOHON
Pelajar yang berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sebelum atau pada 27 Jun 2022. Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut:
INFO TERKINI: PERHATIAN! Pelajar yang telah buat permohonan sebelum ini diminta untuk kemaskini maklumat permohonan selewat-lewatnya 27 Jun 2022 di pautan berikut:
Pemohon yang berjaya ditawarkan di bawah Program YTP perlu mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di institusi atau kursus yang telah ditetapkan oleh MARA sahaja.
Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.