Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) •Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) • Semakan keputusan e-UKCG PISMP 2026 Dibuka 29 April: Cara Semak & Apa Perlu Buat Seterusnya •Cara Mohon SIP PERKESO 2026 (EIS): Bantuan Kewangan Jika Hilang Kerja & Peluang Kerja Baharu •SIDDIK 2026: Sumbangan Pendidikan RM100 Anak Muzakki Selangor (Cara Mohon & Syarat) •Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •

Daftar Latihan Usahawan Gradpreneur@Perak Buat Graduan & Terima Pembiayaan RM5,000 Tanpa Faedah

Oleh Cikgu Shaari • July 27, 2022 • 2 min baca

Daftar Latihan Usahawan Gradpreneur@Perak Buat Graduan & Terima Pembiayaan RM5,000 Tanpa Faedah
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Gradpreneur@Perak merupakan program kerjasama Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak dan Kementerian Pengajian Tinggi ditawarkan buat graduan di Perak yang berminat untuk ceburi dalam bidang keusahawanan atau kembangkan perniagaan sedia ada. Program ini akan memberikan latihan keusahawanan kepada graduan yang terpilih.

Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga menawarkan Program Pinjaman Mikro Kredit kepada usahawan graduan anak perak bagi mengembangkan perniagaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: GRADPRENEUR@PERAK
  • Tempoh Latihan: 2 minggu
  • Tarikh latihan: 19 September 2022 hingga 28 September 2022
  • Tempat: Hotel Scholar Suites, UPSI, Tg. Malim
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2022 (jam 5 petang)

MANFAAT PROGRAM

Graduan yang menyertai program ini akan menerima manfaat berikut:

  • Latihan Keusahawanan bersijil selama 11 hari
  • Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5,000
  • Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran program latihan keusahawanan ini adalah ditawarkan kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia. Pemohon graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun 2019 – 2021 sahaja. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
  • Pemohon mempunyai SSM/lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).
  • Graduan yang baru ingin memulakan perniagaan juga boleh memohon.
  • Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  • Perniagaan yang dijalankan pemohon adalah mematuhi undang-undang Malaysia.

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat dengan tawaran program dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan segera sebelum 31 Ogos 2022. Penyertaan adalah terhad! Jangan lepaskan peluang ini, buat permohonan sekarang dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ajukan ke alamat email www.yayasanperak.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.