Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Wanita Mengandung Positif COVID-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus

Oleh Cikgu Shaari • April 3, 2020 • 2 min baca

Wanita Mengandung Positif COVID-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam keadaan penularan wabak COVID-19 yang semakin bertambah hari demi hari, pasti semua orang berasa takut jika dijangkiti virus ini. Pernahkan anda terfikir bagaimana pesakit positif COVID-19 menghadapi hari-hari mereka di hospital? Tambahan lagi jika anda mengandung pasti berasa sangat risau.

Menerusi laman Twitter, seorang wanita bernama Amy telah kongsikan pengalaman rakannya, Farah Salwani yang telah di tahan di wad akibat positif ketika mengandung.

PENGALAMAN WANITA MENGANDUNG POSITIF COVID-19

Menurut Farah yang juga hamil tiga bulan, dia telah dikuarantin di wad selama 12 hari di Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan positif COVID-19. Dalam keadaan itu, Farah tidak dibenarkan menerima pelawat walaupun seorang sepanjang tempoh tersebut.

Jika ada yang ingin hantar makanan atau barang pun akan dibawa masuk oleh jururawat atau petugas kesihatan yang lengkap memakai Personal Protective Equipment (PPE). Kenalan Farah tidak langsung berpeluang untuk berjumpa  mahupun melihat Farah dari jauh.

Apa yang menyedihkan lagi adalah Farah juga tidak berpeluang dengan anaknya. Anaknya dijaga oleh adiknya yang turut dikuarantin di rumah. Manakala suaminya juga dikuarantin di hospital yang sama.

Bayangkan terpaksa berpisah dengan orang tersayang dalam tempoh yang lama. Anaknya juga pasti berasa sedih kerana rindukan ibunya.

Wanita ini telah kongsikan pengalamannya menerima rawatan sepanjang dikuarantin di insta story Instagram.

Wanita Mengandung Positif COVID-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus Wanita Mengandung Positif COVID-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus Wanita Mengandung Positif COVID-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus Wanita Mengandung Positif COVID-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus Wanita Mengandung Positif COVID-19 Kongsi Pengalaman Dijangkiti Coronavirus

Alhamdulillah kini Farah telah pun sihat sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital selepas 12 hari dikuarantin.

Menurut Farah, selepas pesakit sembuh, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ke rumah pesakit dan membuat disinfection spray untuk membersihkan kawasan tersebut daripada virus.

Semoga perkongsian ini membuka mata para pembaca untuk terus menjaga kesihatan untuk elakkan virus yang merbahaya ini. Sanggupkah anda berpisah dengan keluarga tercinta? Jika tidak, fikir fikirkanlah. Semoga pesakit yang lain juga dapat sembuh sepenuhnya untuk jalani kehidupan harian seperti biasa.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.