Terkini: Waktu Operasi Kedai Makan, Pasar, Stesen Minyak & Kedai Runcit Sepanjang PKP

Disebabkan terlalu banyak aduan mengenai waktu operasi premis makanan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam telah mengumumkan bahawa operasi premis makanan dilanjutkan sehingga 10 malam setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak berkesempatan membeli makanan sebelum jam 8 malam seperti yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mengikut waktu operasi premis-premis berkaitan seperti yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui waktu operasi setiap premis sepanjang pelaksanaan PKP.

WAKTU OPERASI PREMIS SEPANJANG PKP

Berikut adalah waktu operasi TERKINI yang dibenarkan di setiap premis seperti yang ditetapkan oleh MKN:

Premis Perkhidmatan Makanan

  • Restoran, kedai/ gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/ pusat penjaja & gerai makan tepi jalan/ kiosk

Waktu operasi: 6 pagi hingga 10 malam

Runcit & Keperluan

  • Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai farmasi, kedai keperluan harian, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, kedai dobi, dobi layan diri dan kedai cermin mata

Waktu operasi: 6 pagi – 10 malam

Pasar

  • Pasar harian dan pasar tani

Waktu operasi: 7 pagi hingga 2 petang

  • Pasar borong

Waktu operasi: 12 pagi – 6 pagi & 11 pagi – 4 petang

Pusat Perubatan

  • Hospital, klinik dan makmal perubatan

Waktu operasi: 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi

Stesen Minyak

  • Semua stesen minyak

Waktu operasi: 6 pagi – 10 malam (kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.

Nota: Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam

5 SEKTOR EKONOMI DIBENARKAN OPERASI

Untuk makluman anda terdapat 5 sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang PKP, iaitu:

  • Pengilangan dan pembuatan
  • Pembinaan
  • Perkhidmatan
  • Perdagangan dan
  • Pengedaran

Semak perincian setiap perkhidmatan yang beroperasi DI SINI.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma