Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Vaksinasi Walk In Dibenarkan Buat 5 Golongan Di Semua Negeri Tanpa Temujanji MySejahtera

Oleh Cikgu Shaari • August 12, 2021 • 2 min baca

Vaksinasi Walk In Dibenarkan Buat 5 Golongan Di Semua Negeri Tanpa Temujanji MySejahtera
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat rakyat Malaysia! Terkini, orang ramai yang masih belum mendapat tarikh temu janji vaksinasi di MySejahtera dah boleh walk in di Pusat Pemberian Vaksin setiap negeri!

Sebelum ini hanya individu di sekitar Lembah Klang sahaja boleh dapatkan vaksinasi secara online. Namun kini kemudahan ini boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia di seluruh negara! Vaksinasi secara walk in dibenarkan di seluruh negara bagi 5 golongan khas yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut vaksinasi secara walk in buat 5 golongan khas.

5 GOLONGAN KHAS YANG DIBENARKAN

Vaksinasi secara walk in dibenarkan di SELURUH NEGARA bagi golongan khas berikut:

  • Warga Emas
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Individu 18 tahun dan ke atas yang mempunyai KOMORBID
  • Individu yang telah terlepas suntikan dos kedua
  • Guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana & Pekerja Perkhidmatan Sokongan Kontrak di Institusi Pendidikan KPM

VAKSINASI SECARA WALK IN DI SELURUH NEGARA

Pelaksanaan Di Lembah Klang

  • Individu yang tidak tergolong dalam kategori di atas dan ingin walk in kerana TIADA janji temu dos pertama perlu pergi ke PPV yang disenaraikan sebelum ini
  • Masa walk in dibenarkan mengikut waktu operasi PPV tersebut
  • Penduduk berusia 18 tahun dan ke atas yang tidak tergolong dalam 5 kategori di atas, boleh walk in pada waktu pagi bermula Ahad 8 Ogos
  • Bagi yang tergolong dalam 5 kategori di atas, walk in akan bermula pada Isnin, 9 Ogos

Pelaksanaan Di Negeri Selain Lembah Klang

  • Penjadualan vaksinasi akan dimaklumkan oleh CITF Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing

Anda boleh hubungi Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing sebelum hadir untuk vaksinasi secara walk in. Buat pengesahan penjadualan vaksinasi terlebih dahulu.

Semak senarai Jabatan Kesihatan Negeri dan talian bagi setiap negeri di sini:

Setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab dalam melindungi diri sendiri dan orang lain terutama ahli keluarga dari bahaya wabak Covid-19.

Vaksinasi Secara Walk-In Dibenarkan Di Semua Negeri, Tak Perlu Tunggu Temujanji MySejahtera

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.