Urusan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Ditangguh Sehingga Februari 2021

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengeluarkan kenyataan mengenai penangguhan urusan temuduga yang dijadualkan bagi Graduan Pendidikan Lepasan Universiti Awam (UA).

SPP memaklumkan calon yang dipanggil temuduga terdiri daripada mereka yang telah memohon atau mengemas kini maklumat melalui portal mySPP selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2020. Penangguhan urusan temuduga yang telah dimaklumkan ini adalah bagi mengurangkan risiko penularan COvid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat penangguhan urusan temuduga SPP.

TARIKH URUSAN TEMUDUGA SPP

Urusan temu duga bagi siswazah pendidikan lepasan universiti awam akan dilaksanakan semula pada:

  • Selewat-lewatnya minggu ketiga Februari 2021

PELAKSANAAN TEMUDUGA SPP

Urusan temuduga SPP pada tarikh yang akan ditetapkan nanti akan dilaksanakan dengan kaedah berikut:

  • Temuduga secara maya

Keputusan ini adalah bagi mengurangkan urusan pertemuan ramai demi menjaga keselamatan dan kesihatan calon dan juga pihak penemuduga.

Sehubungan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temuduga tersebut.

Urusan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Ditangguh Sehingga Februari 2021

DAFTAR SISTEM PENGAMBILAN ANGGOTA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran perlu menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP).

Bagi graduan yang masih belum pernah memohon jawatan melalui mySPP, anda boleh daftar sekarang dengan langkah mudah ini:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan SPP, anda boleh terus hubungi talian 03-8000 8000 atau terus ke laman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma