Untuk Urusan Permohonan i-Sinar KWSP Lebih Mudah, Pastikan Anda Sudah Lakukan 3 Perkara Ini
Sudah tidak sabar menunggu tarikh permohonan i-Sinar KWSP dibuka? Seperti yang diumumkan, semua Ahli KWSP dibenarkan untuk memohon pengeluaran simpanan dari Akaun 1 sehingga RM10,000.
Cara memohon i-Sinar adalah melalui beberapa kaedah dan salah satunya adalah secara dalam talian. Oleh itu, Pihak KWSP telah memberi peringatan kepada Ahli yang berhasrat untuk memohon pengeluaran i-Sinar supaya membuat beberapa persediaan.
Persediaan yang perlu dilakukan adalah bagi memudahkan urusan permohonan i-Sinar anda nanti.
Isi Kandungan
3 PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN
KWSP telah memaklumkan bahawa pihak mereka sedang menambah baik kemudahan pengeluaran i-Sinar. Untuk memudahkan urusan anda, pastikan anda telah:
- Mendaftar i-Akaun
- Kemaskini maklumat peribadi
- Pastikan akaun bank anda aktif (akaun persendirian bukan akaun bersama)
DAFTAR i-AKAUN
Pelbagai kemudahan yang disediakan melalui akaun ini. Ahli hanya perlu membuat pendaftaran dengan mudah untuk menggunakannya. Semua Ahli KWSP boleh daftar i-Akaun tanpa halangan.
Pihak KWSP telah mengingatkan Ahli untuk buat pendaftaran i-Akaun untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Sinar pada tarikh yang ditetapkan nanti. Oleh itu, anda boleh daftar sekarang di sini:
Jika anda telah sudah mempunyai i-Akaun KWSP, pastikan anda telah kemaskini maklumat peribadi anda terutamanya maklumat akaun bank. Pastikan akaun bank yang digunakan masih aktif bagi memudahkan urusan pembayaran nanti.
Baca juga: Cara Semak Penyata KWSP Secara Online
JANGAN TERPEDAYA DENGAN INFO TIDAK SAHIH
Nantikan perkembangan terkini mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP dari semasa ke semasa daripada pihak KWSP. Anda diingatkan agar TIDAK TERPEDAYA dengan sebarang info yang disebarkan dari sumber yang tidak sahih.
Baru-baru ini tular mengenai aplikasi palsu i-Sinar yang telah dibina oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai diingatkan supaya tidak tertipu dengan aplikasi tersebut.
Baca: Awas! KWSP Beri Peringatan Jangan Terpedaya Dengan 4 Aplikasi i-Sinar Palsu Ini