Untuk Mudah Urusan Pengeluaran i-Citra KWSP, Pastikan Anda Buat 3 Perkara Ini Sekarang
Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan.
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Permohonan i-Citra KWSP akan dibuka tidak lama lagi, iaitu mulai 15 Julai 2021.
Individu yang ingin buat pengeluaran dah boleh bersiap sedia dengan membuat persediaan awal. Ada 3 perkara yang perlu anda lakukan sekarang untuk urusan pengeluaran yang lebih mudah nanti.
Isi Kandungan
3 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN
Bagi kelancaran program permohonan anda, pastikan anda:
- Menggunakan akaun bank yang AKTIF
- Mengemaskini maklumat peribadi dan perbankan
- Menyemak amaun simpanan semasa
SEMAKAN BAKI SIMPANAN KWSP
Untuk makluman anda, simpanan dalam Akaun 2 anda akan digunakan terlebih dahulu dan jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.
Pastikan anda semak baki simpanan akaun KWSP anda sekarang. Buat secara online untuk urusan yang mudah, klik pautan:
Sekiranya anda ingin buat semakan baki simpanan KWSP di kaunter KWSP, pastikan anda buat Janji Temu Online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter. Janji Temu Online adalah penting bagi mengurangkan kesesakan di kaunter.
JUMLAH PENGELUARAN
Pengeluaran i-Citra KWSP adalah seperti berikut:
- Maksimum RM5,000
- Bayaran setiap bulan dengan kadar RM1,000 sebulan
- Minimum baki dalam Akaun adalah RM150
Baca juga: Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP & Jumlah Pengeluaran Dibenarkan
Dah tahu apa yang perlu anda buat sekarang sebelum mohon i-Citra KWSP?
Semoga bermanfaat!