Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2023. UM, UPM, UKM, USM Tersenarai 200 Terbaik Dunia
Empat universiti penyelidikan di Malaysia telah tersenarai sebagai salah satu daripada 200 universiti terbaik di dunia menurut Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023. Lebih daripada 800 institusi dari 80 negara dan enam benua telah mengambil bahagian dalam ranking untuk edisi tahun ini.
Ini merupakan satu pencapaian yang hebat buat universiti negara kita! Anda patut berbangga dengan pencapaian ini kerana anda mungkin bakal menjadi salah seorang pelajar di universiti hebat ini.
Universiti yang tersenarai iaitu UM, UPM, UKM dan USM telah dinilai dari aspek-aspek tertentu yang melayakkan universiti ini tersenarai dalam universiti terbaik dunia ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai penilaian World University Rankings 2023.
Isi Kandungan
ASPEK PENILAIAN UNIVERSITI TERBAIK DUNIA
Penilaian oleh World University Rankings 2023 adalah berdasarkan beberapa aspek berikut:
- Reputasi Akademik (Academic Reputation) – 40%
- Reputasi Majikan (Employer Reputation) – 10%
- Nisbah Fakulti/ Pelajar (Faculty/Student Ratio) – 20%
- Petikan bagi setiap Fakulti (Citations per faculty) – 20%
- Nisbah Fakulti Antarabangsa (International Faculty Ratio) – 5%
- Nisbah Pelajar Antarabangsa (International Student Ratio) – 5%
KENAIKAN RANKING DUNIA
Kelima-lima universiti yang tersenarai itu mencatatkan kenaikan ranking dunia.
USAHA UNIVERSITI DI MALAYSIA MENINGKATKAN PENCAPAIAN
Menurut Timbalan Canselor UPM Prof Datuk Dr Aini Ideris, disebalik kenaikan ranking UPN, universiti itu terus memperbaiki kekuatan mereka dan memperbaiki kelemahan mereka. Penambahbaikan berterusan sangat penting bagi UPM yang beraspirasi untuk menjadi salah sebuah daripada 100 universiti terbaik di dunia dalam QS World University Rankings dalam masa lima tahun akan datang
Kenaikan ranking sebanyak 20 anak tangga ke ranking 123 dunia UPM ini dikatakan kerana sokongan kuat dan komitmen daripada staf.
Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor pula menyaksikan universitinya naik dari ranking ke-144 ke 129 dunia. Dalam usaha meningkatkan pencapaian, UKM akan terus fokus kepada memperbaiki kualiti kajian, pengajaran dan globalisasi.
Universiti Malaysia yang bagus memberi komitmen kepada memperkayakan sumber bahan ajar seperti yang ditunjukkan dalam nisbah fakulti/pelajar.
Pengarah kajian QS World University Rankings Ben Sowter berkata peningkatan ranking yang ditunjukkan oleh universiti Malaysia adalah disebabkan oleh usaha dan pelaburan berterusan.
TAYLOR’S UNIVERSITY IPTS TERBAIK DI MALAYSIA
Sementara itu Taylor’s University (ranking 284 dunia) mencatatkan peningkatan ranking paling memberansangkan dalam masa setahun. Taylor’s mengalahkan USCI University untuk menjadi universiti swasta terbaik di Malaysia.
Taylor University antara yang tersenarai tertinggi daripada IPTS lain. Pencapaian ini menunjukkan kualiti pendidikan IPTS ini adalah bertaraf dunia.
MIT KEKAL TERBAIK DI DUNIA
Massachusetts Institute of Technology (MIT) kekal menjadi universiti terbaik di dunia untuk sembilan tahun berturut-turut.
Stanford University, Harvard University, California Institute of Technology (Caltech) dan University of Oxford melengkapkan senarai lima universiti terbaik di dunia menurut urutan.
Di Asia, National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University (NTU) merupakan dua universiti terbaik di rantau ini.
Sudah pastinya bila kita lihat pencapaian ini, kita tahu betapa banyaknya usaha yang dilakukan oleh universiti di Malaysia sehingga mencapai tahap ini. Hebatnya universiti di negara kita sehingga boleh mencapai ranking 200 universiti terbaik dunia!
Ranking ini penting untuk melihat kualiti sesebuah universiti di seluruh dunia. Namun ianya bukanlah petunjuk utama, tetapi berfungsi sebagai rujukan. Untuk menyemak senarai penuh universiti terbaik dunia, boleh lihat di pautan berikut.