Tawaran Penajaan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPk Untuk Pengajian Sepenuh Masa 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kini membuka tawaran penajaan Skim Dermasiswa Dalam negara bagi membuka peluang anak asnaf di negeri Perak melanjutkan pelajaran peringkat tinggi di dalam negara.

Pelajar daripada keluarga B40 yang berkelayakan dan mengikuti pengajian sepenuh masa dipelawa untuk mohon Skim Dermasiswa ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Skim Dermasiswa Dalam Negara mestilah dibuat dalam tempoh berikut:

  • 16 Mei hingga 17 Jun 2022

BIDANG & PERINGKAT PENGAJIAN

Permohonan dibuka bagi pelajar yang mengikuti pengajian berikut:

  • Sains dan Teknologi: Diploma Sains Aktuari
  • Klinikal dan Kesihatan: Diploma Fisioterapi & Asasi Sains Perubatan
  • Kejuruteraan dan Teknikal: Asasi Sains Kejuruteraan

SYARAT PERMOHONAN

Calon yang ingin membuat permohonan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Negeri Perak
  • Pelajar daripada keluarga B40 (Keutamaan kepada asnaf Fakir & Miskin)
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022
  • Pengajian sepenuh masa

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan dermasiswa ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan dapatkan Borang Bantuan Zakat (Dermasiswa Dalam Negara) daripada:

  • Pejabat MAIPk; atau
  • Muat turun daripada portal rasmi MAIPk; atau

Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN SKIM DERMASISWA MAIPK

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim dermasiswa ditawarkan, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Unit Pendidikan
    Bahagian Agihan Zakat
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
    Jalan Panglima Bukit Gantang
    Wahab 3000 Ipoh Perak
  • Tel: 019 5711383

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma