Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

KPM: Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1) Secara Online Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • February 2, 2022 • 2 min baca

KPM: Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1) Secara Online Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat (UKM1) tahun 2022 yang dijalankan secara online dibuka mulai 1 Februari 2022.

Ujian UKM 1 merupakan ujian saringan pertama untuk pencalonan murid-murid Malaysia berumur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009 untuk menyertai program-program GENIUS Negara yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut ujian UKM1 dan kriteria kemasukan program yang ditawarkan.

TARIKH UJIAN SARINGAN PERTAMA UKM1

Ujian saringan pertama UKM 1 bagi kemasukan murid ke program-program yang ditawarkan adalah terbuka kepada semua murid yang layak pada bila-bila masa sepanjang tarikh berikut:

  • 1 Februari hingga 31 Mei 2022

Ibu bapa dan guru hanya boleh membantu murid dari segi mengisi maklumat dengan jujur dan bertanggungjawab.

PROGRAM GENIUS YANG DITAWARKAN

UJIAN SARINGAN UKM1

Ujian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa. Sekiranya terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenaraihitamkan dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.

Murid digalakkan untuk menjawab ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit (tidak termasuk pendaftaran) agar dapat membiasakan diri dengan situasi Ujian UKM 2 yang akan dijalankan dengan pengawasan rapi dalam tempoh 2 jam 30 minit.

Pengambilan ujian UKM1 boleh dicapai melalui pautan di bawah pada tarikh yang ditetapkan:

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan internet.

SIJIL PENYERTAAN

  • Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan kepada murid yang berjaya mencapai skor minima ujian
  • Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke ujian saringan kedua. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2
  • Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di pautan https://pelajar.permatapintar.ukm.my/

SEMAKAN UJIAN KEDUA UKM2

Murid yang telah menamatkan ujian dengan mendapatkan skor minima layak menerima Sijil penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM 1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Semakan kelayakan ujian saringan kedua UKM2 boleh dibuat pada tarikh yang akan diumumkan nanti di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut ujian dan program yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman Facebook Pusat GENIUS@Pintar Negara.

KPM: Ujian Pencarian Murid Pintar & Berbakat (UKM1) Secara Online Kini Dibuka

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.