UiTM Student Portal: Jadual Kelas, Pendaftaran Kursus & Semakan Result
Setiap pelajar UiTM pasti sudah terbiasa menggunakan UiTM Student Portal bagi memudahkan serta melancarkan lagi urusan harian dengan pihak universiti. Daripada proses pendaftaran subjek, semakan keputusan peperiksaan, serta pelbagai info terkini disiarkan di portal ini untuk makluman semua pelajar.
Sebagai maklumat tambahan untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini terdapat 34 kampus UiTM di setiap negeri di Malaysia.
Portal UiTM Student Portal ini memang digunakan oleh setiap pelajar UiTM tidak kira pelajar dari kampus mana.
Bagi pelajar baru yang memasuki UiTM dan masih tidak terbiasa dengan portal ini, berikut dikongsikan panduan untuk mendaftar dan cara menggunakan Student Portal ini.
Isi Kandungan
KANDUNGAN PORTAL
Portal ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:
1) eAcademic
- Jadual Kelas
- Keputusan Peperiksaan
- Slip Peperiksaan
- Sistem Pendaftaran eCourse
- Permohonan Cuti Khas
- Permohonan Lanjutan Pengajian
- Permohonan Transkrip Akademik
2) iLearn Portal
- iClass
- SuFO
3) FinePortal
- Bayaran bil
4) eHEP
- e-Kolej
- Insentif Makan
- Zakat
- Stiker Kenderaan
- Saman Lalulintas
- Pelajar NR
- Stiker Elektrik
- Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
- Kebajikan / Bantuan Kewangan Pelajar
CARA DAFTAR & LOGIN UiTM STUDENT PORTAL
Untuk mendaftar dan login ke UiTM Student Portal, ikuti langkah berikut:
- Pergi ke alamat URL rasmi : https://istudent.uitm.edu.my
- Klik di “Click Here to Recover” untuk login kali pertama
- Isi student ID, alamat emel dan nombor sekuriti yang diberikan.
- Kemudian klik “Send my Password to my Email Now”.
- Periksa emel anda dan ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM
APLIKASI i-STUDENT PORTAL
Selain layari laman web, pelajar dimudahkan lagi dengan penyediaan aplikasi iStudents Apps yang membawakan maklumat terkini dengan mudah dan cepat.
Pelajar boleh muat turn aplikasi melalui Google Playstore di pautan berikut:
Semua maklumat serta kandungan yang terdapat dalam laman web rasmi UiTM iStudent terdapat dalam aplikasi ini.
Jika anda mengalami masalah atau ingin mengajukan soalan lebih lanjut tentang laman web ini, anda boleh hubungi:
- Talian: +603-5544 2000
- Laman web rasmi: UiTM
- Facebook Rasmi: UiTM Student Portal