Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Cara Keluarkan Duit Simpanan Ahli Keluarga Meninggal Dunia & Dokumen Diperlukan

Oleh Cikgu Shaari • December 13, 2022 • 2 min baca

Cara Keluarkan Duit Simpanan Ahli Keluarga Meninggal Dunia & Dokumen Diperlukan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Nak keluarkan duit simpanan ahli keluarga atau suami/isteri yang meninggal dunia, tahu tak sebenarnya anda tidak boleh gunakan Sijil Kematian? Mana-mana institusi kewangan semua telah tetapkan syarat pengeluaran wang si mati hanya boleh dibuat oleh waris yang layak dengan membawa bersama Surat Kuasa Mentadbir.

Rupanya masih ramai yang tak tahu mengenai Surat Kuasa Menadbir tersebut dan cara-cara untuk mendapatkan surat kuasa tersebut. Seorang peguam melalui laman facebook telah kongsikan bagaimana waris nak buat tuntutan simpanan ahli keluarga yang meninggal dunia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana penjelasan daripada perkongsian peguam tersebut mengenai tuntutan duit simpanan ahli keluarga yang meninggal dunia.

Baca juga: Cara Mohon Skim Khairat Kematian BKM RM1,000 Untuk Rakyat Malaysia

DOKUMEN DIPERLUKAN

Bagi yang masih tidak tahu, untuk membuat tuntutan duit simpanan ahli keluarga yang meninggal dunia, waris tidak boleh menggunakan Sijil Mati semata-mata. Dokumen yang diperlukan untuk buat tuntutan adalah:

  • Surat kematian arwah
  • Kad pengenalan pewaris
  • Butiran akaun bank
  • Surat sokongan yang membuktikan pertalian dengan arwah
  • Surat Kuasa Mentadbir

SURAT KUASA MENTADBIR

Surat Kuasa Mentadbir atau Akuan akan dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa Wasiat. Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu:

  • Mahkamah Tinggi Sivil
  • AmanahRaya
  • Unit Pembahagian Pusaka Kecil

AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Ketiga-tiga ini mempunyai syarat dari segi nilai harta pusaka tersebut. Contohnya, nilai harta pusaka di bawah 2 juta boleh difailkan dan didengar di pejabat tanah. Namun yang selalu membezakan antara ketiga-tiga institusi adalah tempoh masa, kos dan proses yang perlu dilalui.

Baca juga: 11 Jenis Tuntutan Khairat Kematian Yang Waris Boleh Tuntut Apabila Berlakunya Kematian

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.