Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian Sehingga RM2,000 Pendeposit ASNB
Setiap waris pendeposit ASB, ASN, dan apa sahaja saham terbitan PNB layak diberikan kelayakan untuk menuntut bantuan khairat kematian sehingga RM2,000 jika berlaku kematian kepada pendeposit. Bantuan khairat kematian yang diberikan dengan tujuan meringankan beban tanggungan si mati.
Malangnya ramai yang tidak tahu bahawa pewaris layak menerima bantuan khairat kematian daripada ASNB sekiranya pencarum meninggal dunia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran khairat kematian pendeposit ASB dan cara mohon.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN
Kadar bantuan khairat kematian diberikan kepada waris mengikut baki simpanan seperti berikut:
- Simpanan RM10 hingga RM4,999 – Khairat Kematian RM200
- Simpanan RM5,000 hingga RM10,000 – Khairat Kematian RM1,000
- Simpanan RM10,000 ke atas – Khairat Kematian RM2,000
TUNTUTAN WANG KHAIRAT KEMATIAN
Waris boleh membuat tuntutan wang khairat kematian ini dalam masa enam bulan selepas kematian pemegang akaun. Jika wang tidak dituntut dalam tempoh berikut, wang tersebut dikira hangus. Tuntutan wang khairat boleh dibuat di kaunter ASNB berdekatan dengan membawa sijil kematian pemegang akaun.
- Sekiranya si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5,000, waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad.
- Sebaliknya, jika simpanan RM5,000 ke atas maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).
TUNTUTAN HARTA MELEBIHI RM5,000
Bagi simpanan si mati yang melebihi RM5,000, waris perlu ikuti proses berikut:
- Ambil borang di Amanah Raya Berhad (ARB)
- Kemudian dapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah (dengan mengisi borang dan sertakan salinan kad pengenalan waris-waris), kemudian kembalikan bersama borang tadi ke pejabat ARB semula.
- Tunggu panggilan daripada ARB
- Satu sijil kuasa pembahagian harta si mati (ASB) akan dikeluarkan. Bawa sijil tersebut ke pejabat ASB negeri
- Isi borang yang diminta dan sahkan borang di hadapan suruhanjaya sumpah dan matikan setem hasil
- Kemukakan kepada pejabat ASB semua dan tunggu proses transfer duit kepada akaun atau akaun-akaun waris.
Baca juga: Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM2,500 Pencarum KWSP
Proses tuntutan khairat kematian ini biasanya memakan masa dari 3 minggu sehingga sebulan setengah. Walaupun prosesnya agak rumit, tetapi berbaloi sekiranya anda tuntut hak anda untuk wang tanggungan selepas ini.
Semoga bermanfaat!