Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 • Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 •

Inisiatif eBelia: Semak Syarat & Cara Tuntut RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT

Oleh Cikgu Shaari • May 18, 2021 • 2 min baca

Inisiatif eBelia: Semak Syarat & Cara Tuntut RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Program eBelia yang merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun 2021. Ianya bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

Di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak. Kerajaan telah menambahbaik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sejumlah RM100 juta di bawah keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian inisiatif eBelia kepada belia dan pelajar IPT.

KADAR BANTUAN

Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima yang layak akan mendapat nilai kredit berjumlah:

  • RM150

PENYEDIA PERKHIDMATAN e-TUNAI

Tuntutan eBelia boleh dibuat melalui 4 penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu:

  • BigPay
  • Boost
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini, yang akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash bank, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen.

Inisiatif eBelia: Semak Syarat & Cara Tuntut RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT

SYARAT KELAYAKAN

Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang:

  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003); atau
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar untuk pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

TEMPOH TUNTUTAN

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah:

  • Tempoh tuntutan: 1 Jun hingga 22 Julai 2021
  • Tarikh belanja: Sehingga 31 Julai 2021

Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

eBelia merupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.