Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay

Program eBelia yang merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun 2021. Ianya bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan tuntutan kredit eBelia yang berjumlah RM150 boleh mula dituntut mulai 1 Jun 2021 melalui beberapa syarikat penyedia perkhidmatan e-tunai.

Ikut perkongsian di bawah untuk dapatkan panduan daftar dan membuat tuntutan kredit eBelia.

TARIKH TUNTUTAN

Tuntutan kredit e-tunai percuma melalui eBelia boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • Tempoh tuntutan: 1 Jun hingga 22 Julai 2021
  • Tarikh belanja kredit: Sehingga 31 Julai 2021

PANDUAN DAFTAR & TUNTUT KREDIT E-TUNAI

Berikut adalah panduan mendaftar dan membuat tuntutan kredit e-Tunai melalui 4 penyedia perkhidmatan e-tunai:

Aplikasi Boost

Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay

  1. Muat turun aplikasi Boost di telefon pintar anda
  2. Bagi yang sudah ada, updgrade kepada Boost Premium sebelum 1 Jun
  3. Sahkan atau verify akaun Boost anda. Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan anda
  4. Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan
  5. Tuntut ekredit RM150 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 1 Jun 2021

Touch n Go eWallet

Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay

  1. Muat turun aplikasi TnG eWallet di telefon pintar anda
  2. Hanya satu ID sah (MyKad/tentera/passport) untuk satu akaun TnG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada satu nombor mudah alih yang unik
  3. Isikan maklumat pendaftaran sehingga selesai
  4. Dah selesai daftar, buka aplikasi tnG eWallet dan klik eBelia Credit
  5. Tekan butang Let’s Go
  6. Ambil gambar kad pengenalan depan dan belakang serta swafoto yang jelas mengikut arahan
  7. Akaun anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam
Nota: Pengguna yang sudah ada aplikasi TnG eWallet diminta untuk kemaskini maklumat profil akaun bagi memudahkan urusan penebusan nanti.
Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay

BigPay

Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay

  1. Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
  2. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBelia
  4. Klik APPLY NOW dan anda akan diarahkan ke laman web eBelia
  5. Masukkan semua maklumat anda dengan lengkap untuk proses verifikasi
  6. Sebaik sahaja akaun anda disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150

ShopeePay

Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay

  1. Muat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit anda
  2. Bagi yang sudah ada akaun Shopee, anda perlu aktifkan ShopeePay anda
  3. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee
  4. Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan
    Panduan Daftar & Tuntut Kredit eBelia RM150 Guna Boost, TnG, ShopeePay dan BigPay
  5. Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan
  6. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai
  7. Dah selesai aktifkan, anda boleh tuntut RM150 mulai 1 Jun 2021 dan wang tersebut akan dikreditkan terus ke ShopeePay anda.

Mudah kan semua langkah yang dikongsikan di atas? Untuk makluman anda, langkah kerajaan memberikan bantuan dalam bentuk kredit e-tunai adalah bagi menggalakkan belia dan pelajar menggunakan kaedah eWallet dalam membuat pembayaran. Kaedah ini dapat mengurangkan kontak jika ingin membuat sebarang pembelian.

Jangan lupa tebus mulai 1 Jun 2021!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma