5 Jenis Tuntutan Sivil Yang Boleh Dibuat Oleh Keluarga Mangsa Kemalangan Terhadap Pemandu Mabuk
Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi. Apa yang lagi menyedihkan, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Sifat pemandu mabuk yang pentingkan diri sendiri ini tidak pernah hiraukan hukuman oleh kerajaan meskipun hukuman diberatkan.
Kekurangan pengetahuan dan kewangan untuk membuat tuntutan terhadap pemandu mabuk menambah lagi derita terhadap keluarga mangsa. Ada yang kehilangan ketua keluarga akibat pemandu mabuk yang tidak bertanggungjawab.
Pasti ramai yang menganggap undang-undang Malaysia tidak adil, kerana jika pemandu diapati bersalah, denda hukuman yang dikenakan hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, tiada sebarang tuntutan denda boleh dibuat oleh keluarga si mati.
Tahu tak sebenarnya ada cara untuk keluarga mangsa kemalangan dapatkan ganti rugi daripada pemandu mabuk? Keluarga mangsa boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk yang terlibat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 5 jenis tuntuan sivil yang boleh dibuat oleh keluarga mangsa kemalangan terhadap pemandu mabuk.
Isi Kandungan
TUNTUTAN SIVIL OLEH KELUARGA MANGSA TERHADAP PEMANDU MABUK
Keluarga mangsa boleh membuat tuntutan sivil kepada pemandu mabuk. Ini bermakna, pemandu mabuk akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Iaitu satu mahkamah yang dibicarakan kes jenayah dia. Yang kedua, mahkamah yang dibicarakan kes saman keluarga si mati.
Bagi kedua-dua mahkamah yang akan dihadapi oleh pemandu mabuk, Hakim nya bukan orang yang sama, perbiacarannya bukan pada tarikh yang sama dan hukumannya juga berbeza. Yang disaman oleh negara adalah prosedur jenayah manakala yang di saman oleh keluarga si mati adalah prosedur sivil.
Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau penderitaan ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, mereka ada hak untuk menyaman.
Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 tuntutan.
5 JENIS TUNTUTAN SIVIL OLEH KELUARGA MANGSA
Tuntutan Pertama, Dependency Claim
Iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh sediakan kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Contohnya, arwah ni masa hidup, dia sedia RM2500 sebulan untuk menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini, yang syaratnya, saraan itu wajib secara terus kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.
Agak panjang bab pengiraan ini, yang tak perlu diulas panjang di sini. Perlu rujuk Peguam masing-masing. Sama ada kiraan itu diterima atau tidak, ianya tertakluk kepada keputusan Hakim.
Tuntutan Kedua, Bereavement Claim
Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ini untuk ‘bayar’ kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah.
Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis.
Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM30,000.
Tuntutan Ketiga, Loss Of Support
Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ini lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untuk bergantung dari segi tenaga.
Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung pada arwah untuk jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah sudah meninggal, tidak ada siapa nak buat kerja-kerja itu.
Maka, suami dia boleh tuntut pada pemandu mabuk itu tentang kehilangan sokongan ini.
Tuntutan keempat, Estate Claim
Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan ‘kesakitan’ yang dialami oleh si mati.
Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Kalau arwah masih hidup, arwahlah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor.
Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan.
Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikasikan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada Hakim.
Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit pengangkutan dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
Tuntuan Kelima, Tuntutan Kos Guaman
Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka.
Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ini, tempoh untuk mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untuk saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ini, keluarga tidak boleh tuntut claim ini.
Bagi Estate Claim, tempoh untuk mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.
MACAM MANA KALAU PEMANDU MABUK TIDAK MAHU BAYAR SAMAN?
Jika pemandu mabuk ini tidak mahu bayar saman, ada beberapa perkara yang boleh keluarga mangsa buat iaitu:
- Minta Mahkamah supaya arahkan PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit.
- Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ini supaya lepas ni, segala hutang itu dibayar kepada keluarga itu sahaja.
- Jual share syarikat pemandu mabuk ini kalau ada.
- Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk ini Bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000.
Semoga perkongsian ini dapat membantu memberi penjelasan mengenai hak tuntutan yang boleh dibuat oleh keluarga mangsa pemandu mabuk yang tidak bertanggungjawab ini. Kongsikan juga perkongsian ini di media sosial yang lain. Mana tahu, ada di antara kenalan kita yang menghadapi masalah ini dan tidak tahu bahawa mereka boleh membuat tuntutan ini.