Cara Tukar Amaun Pengeluaran i-Sinar Dengan Mudah Secara Online
Sebelum ini, kita dikhabarkan bahawa sebarang pertukaran atau pindaan amaun pengeluaran i-Sinar bagi yang telah menghantar permohonan adalah tidak dibenarkan. Namun, kini anda BOLEH membuat pindaan atau pertukaran amaun pengeluaran i-Sinar dengan mudah mulai 8 Mac!
Pindaan amaun i-Sinar KWSP ini selaras dengan keputusan pihak KWSP untuk memansuhkan syarat kelayakan untuk permohonan i-Sinar. Mulai 8 Mac juga, Ahli KWSP kini boleh buat permohonan i-Sinar tanpa syarat.
Bagi Ahli yang ingin buat pindaan amaun, ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat pertukaran amaun pengeluaran i-Sinar.
Isi Kandungan
PINDAAN AMAUN PENGELUARAN I-SINAR
Berikut adalah beberapa MAKLUMAT PENTING berkenaan pindaan amaun pengeluaran i-Sinar yang anda perlu tahu:
- Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dibuat SEKALI SAHAJA
- Ahli diminta untuk pastikan amaun yang dikehendaki adalah BETUL
- Pengeluaran adalah berdasarkan had pengeluaran yang ditetapkan sebelum ini.
– Maksimum RM10,000 bagi baki akaun RM100,000 dan ke bawah
– Maksimum RM60,000 bagi baki akaun RM100,000 ke atas - Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
- Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut:
– Adalah Milik Pemohon dan Masih AKTIF
– Bukan Akaun Bank Bersama (joint account)
– Bukan Akaun Bank Atas Nama Syarikat
Semak: Jadual Pembayaran i-Sinar
CARA TUKAR AMAUN PENGELUARAN I SINAR
Berikut adalah cara tukar amaun pengeluaran i-Sinar secara online:
- Pergi ke laman https://isinar.kwsp.gov.my/
- Klik PINDAAN PENGELUARAN
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Klik TERUSKAN
- Sahkan nombor OTP yang dihantar ke nombor telefon
- Lengkapkan maklumat yang diminta
- Masukkan amaun pilihan baharu, tanda pada kotak yang disediakan dan klik TERUSKAN.
Setelah selesai, permohonan anda akan diproses dan memerlukan masa 5 HARI BEKERJA untuk mendapat kelulusan.
Sekali lagi diingatkan, pindaan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat SEKALI SAHAJA. Ahli dinasihatkan untuk buat keputusan sebaiknya dan tidak perlu terburu-buru kerana permohonan dan pindaan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2021.
Semoga bermanfaat!