Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
Berminat nak jadi Pembantu Tadbir (Kewangan) di salah satu jabatan kerajaan? Baru-baru ini SPA ada membuka pengambilan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan). Calon yang berkelayakan boleh lah buat permohonan!
Untuk makluman anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui laman web rasminya ada kongsikan senarai lengkap tugas jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan). Tak perlu susah-susah ke laman web SPA, anda boleh semak tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 di perkongsian ini!
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 dan proses pengambilan jawatan tersebut.
Isi Kandungan
SENARAI TUGAS PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung:
- Urusan-urusan kawalan belanjawan
- Kewangan am
- terimaan
- Perolehan kerajaan
- Bayaran emolumen
- Pembayaran
- Akaun
- Peaburan
- Pinjaman
SYARAT KELAYAKAN
Dah semak senarai tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 dan berminat untuk jadi salah seorang daripadanya? Pastikan anda semak dulu syarat untuk jadi Pembantu Tadbir (Kewangan) W19:
- warganegara Malaysia; dan
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)
PROSES PENGAMBILAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Sekiranya anda berminat untuk jadi salah seorang Pembantu Tadbir (Kewangan), anda boleh buat permohonan bila-bila masa sahaja melalui laman permohonan SPA9. Proses pengambilan jawatan ini adalah seperti berikut:
Permohonan Melalui SPA9
Untuk makluman anda, permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah dibuka SEPANJANG MASA. Namun pengambilan adalah tertakluk kepada iklan kekosongan semasa. Walaubagaimanapun, jika anda berminat dengan jawatan ini, anda boleh buat permohonan sekarang. Rujuk panduan permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) di bawah:
PANDUAN MOHON JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Tapisan Kelayakan
Apabila pihak JPJ ada membuat pengambilan, calon yang telah mohon jawatan melalui SPA9 akan ditapis. Calon yang berjaya melepasi tapisan atau berkelayakan akan menerima status “Melepasi Tapisan Semasa” di laman semakan SPA9.
Ujian Psikometrik
Tahniah sekiranya anda melepasi tapisan! Calon akan dipanggil untuk duduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik. Jika anda nak berjaya mendapat lantikan, pastikan anda LULUS Ujian Psikometrik ini dahulu. Sekiranya anda mendapat panggilan Ujian Psikometrik, anda boleh rujuk contoh soalan di bawah:
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Temuduga
Sekiranya calon LULUS ujian fizikal, calon akan dipanggil untuk sesi temuduga. Hanya calon yang BERJAYA temuduga sahaja akan mendapat lantikan.
Semoga bemanfaat!