Ramai orang buka Instagram untuk tengok makanan, travel, outfit, gossip selebriti atau video pendek yang lalu di Explore.
Tapi dalam diam, Instagram juga sudah jadi tempat banyak syarikat kecil, brand lokal, agensi kreatif, kafe, butik, salon, event company, production house dan startup cari pekerja.
Masalahnya, ramai jobseeker tak tahu cara cari.
Mereka scroll ikut nasib. Kalau iklan kerja lalu, nampaklah. Kalau tak lalu, peluang itu hilang macam angin.
Padahal kalau kena teknik, Instagram boleh jadi lubuk cari kerja yang sangat laju, terutama untuk kerja kreatif, retail, content, admin, marketing, cafe crew, customer service, photographer, videographer, designer, social media executive dan internship.
Cuma kena ingat satu benda: cari kerja di Instagram tak boleh main DM cincai.
Kalau mesej anda nampak macam orang tanya harga barang, majikan pun susah nak ambil serius.
Kenapa Instagram Boleh Jadi Tempat Cari Kerja?
Sebenarnya, banyak bisnes kecil dan sederhana tidak semestinya iklankan jawatan di portal kerja besar.
Ada yang rasa kos iklan mahal. Ada yang perlukan staf segera. Ada yang mahu cari orang yang memang follow brand mereka. Ada juga yang lebih suka hebahkan melalui Story, post, Reel atau highlight.
Contohnya, sebuah kafe mungkin tulis dalam Story: “We’re hiring barista.”
Sebuah butik mungkin letak post: “Admin online diperlukan.”
Sebuah agensi media mungkin buka internship untuk content creator, editor video atau designer.
Masalahnya, iklan begini kadang-kadang hanya hidup 24 jam kalau dalam Story. Kalau anda tak follow akaun itu, memang terlepas.
Sebab itu cari kerja di Instagram perlu ada strategi. Bukan sekadar tunggu algoritma suap.
Mulakan Dengan Fungsi Search Instagram
Langkah paling asas ialah guna fungsi carian Instagram dengan betul.
Jangan taip “kerja” sahaja. Terlalu umum.
Cuba gabungkan kata kunci jawatan, lokasi dan industri.
Contohnya:
“jawatan kosong penang”
“kerja kosong admin kedah”
“hiring barista kl”
“internship social media malaysia”
“graphic designer vacancy”
“content creator job”
“part time cafe shah alam”
“videographer internship”
“kerja butik johor bahru”
Instagram boleh memaparkan akaun, hashtag, tags dan tempat berkaitan carian. Jadi gunakan carian ini untuk cari tiga benda: post iklan, akaun syarikat dan hashtag yang aktif.
Kalau anda jumpa satu post kerja yang relevan, jangan berhenti di situ.
Klik akaun syarikat. Semak highlight. Semak post lama. Kadang-kadang ada highlight bertajuk “Hiring”, “Career”, “Team”, “Vacancy” atau “Join Us”.
Di situlah banyak peluang disimpan.
Guna Hashtag Dengan Cara Yang Betul
Hashtag masih berguna, tapi jangan guna secara malas.
Kalau anda cari #jawatan kosong, hasilnya mungkin terlalu bercampur.
Cuba hashtag yang lebih spesifik.
Contohnya:
#jawatan kosong
#kerjakosong
#kerjakosongmalaysia
#internshipmalaysia
#hiringmalaysia
#kualalumpurjobs
#penangjobs
#johorjobs
#socialmediajob
#graphicdesignerjob
#baristamalaysia
Untuk kerja lokasi, gabungkan dengan negeri atau bandar.
Contohnya, kalau anda tinggal di Shah Alam, cari hashtag seperti #shahalamjobs, #kerjakosongshahalam atau #hiring shah alam.
Kalau anda cari kerja kreatif, guna istilah industri.
Contohnya #contentcreatorjob, #videographerjob, #designerwanted, #creativeinternship.
Satu lagi trik: bila jumpa satu hashtag yang banyak iklan kerja, simpan hashtag itu atau lawat semula setiap beberapa hari.
Jangan harap satu kali search terus jumpa kerja terbaik.
Cari kerja ini perlu rutin.
Follow Akaun Yang Selalu Kongsi Jawatan
Kalau anda serius nak cari kerja melalui Instagram, jangan follow akaun hiburan sahaja.
Follow juga akaun yang memang selalu kongsi peluang kerja.
Contohnya:
Akaun job portal.
Akaun universiti atau kolej.
Akaun career centre kampus.
Akaun syarikat yang anda minat.
Akaun agensi kreatif.
Akaun kafe, butik, studio, gym, klinik, tadika atau business lokal di kawasan anda.
Akaun HR atau recruiter yang aktif.
Akaun persatuan pelajar atau alumni.
Ramai calon tak sedar, kerja kecil dan sederhana banyak keluar di akaun syarikat itu sendiri.
Contohnya kalau anda nak kerja di kafe, follow kafe sekitar kawasan anda. Kalau nak kerja designer, follow agensi design dan printing. Kalau nak kerja content, follow production house, brand kosmetik, butik dan startup lokal.
Bila mereka post “we’re hiring”, anda akan nampak lebih awal.
Ini beza orang yang cari kerja secara pasif dengan orang yang memburu peluang secara aktif.
Semak Bio Dan Highlight Syarikat
Sebelum hantar DM, semak profil syarikat.
Lihat bio mereka. Ada tak link website? Ada tak alamat? Ada tak e-mel? Ada tak highlight “career” atau “vacancy”?
Kadang-kadang syarikat sudah tulis cara mohon dalam caption.
Contohnya:
“Send your resume to hr@company.com”
“DM us your portfolio”
“Fill up the form in bio”
“Walk-in interview this Friday”
Jangan terus DM tanya, “Masih kosong?”
Baca dulu.
Kalau semua maklumat sudah ada dalam post, tapi anda masih tanya soalan yang sudah dijawab, majikan boleh nampak anda tidak teliti.
Dalam kerja, ketelitian itu penting.
Jangan DM Macam Tanya Harga Barang
Ini kesilapan paling besar.
Ramai calon mesej begini:
“Kerja kosong?”
“Masih ada?”
“Saya minat.”
“Gaji berapa?”
“Location?”
Mesej macam ini terlalu pendek dan tidak profesional.
Kalau majikan sedang terima banyak DM, mesej anda mudah tenggelam.
Lebih baik hantar mesej ringkas tapi lengkap.
Contoh DM yang lebih kemas:
“Hi, saya berminat dengan jawatan Admin Online yang diiklankan di page ini. Saya mempunyai pengalaman asas mengurus mesej pelanggan, kemas kini order dan menggunakan Google Sheets. Boleh saya tahu cara terbaik untuk menghantar resume? Terima kasih.”
Ini nampak jauh lebih matang.
Anda terus sebut jawatan, minat, kemahiran berkaitan dan minta saluran permohonan.
Majikan lebih mudah balas.
Contoh DM Untuk Internship
Kalau anda pelajar dan mahu cari internship melalui Instagram, jangan DM terlalu santai.
Contoh mesej:
“Hi, saya pelajar Diploma/Ijazah dalam bidang [nama bidang] dan sedang mencari tempat latihan industri bermula [bulan/tarikh]. Saya berminat dengan kerja syarikat ini dalam bidang [content/design/marketing/admin]. Boleh saya tahu sama ada pihak tuan/puan menerima pelajar internship? Saya boleh hantar resume dan portfolio jika diperlukan. Terima kasih.”
Mesej ini pendek, jelas dan sopan.
Jangan mula dengan:
“Hi intern ada?”
Itu terlalu kosong.
Kalau anda ada portfolio, sebut terus.
Contohnya:
“Saya juga ada portfolio ringkas design/video editing yang boleh dikongsi melalui link.”
Ini memberi sebab untuk mereka ambil serius.
Contoh DM Untuk Kerja Kreatif
Untuk kerja kreatif seperti designer, editor video, content creator atau photographer, portfolio lebih penting daripada ayat panjang.
Contoh DM:
“Hi, saya berminat untuk mohon sebagai part-time video editor/content creator jika ada kekosongan. Saya biasa edit video pendek untuk TikTok/Reels menggunakan CapCut dan Premiere Pro. Ini link portfolio ringkas saya: [link]. Jika pihak tuan/puan sedang mencari freelancer atau staf kreatif, saya sedia hantar resume. Terima kasih.”
Jangan hantar 20 gambar sekaligus dalam DM tanpa izin.
Lebih baik letak satu link portfolio.
Contohnya Google Drive, Canva portfolio, Behance, Linktree, Notion atau website ringkas.
Pastikan link boleh dibuka.
Jangan bagi link yang perlukan akses permission. Itu menyusahkan HR.
Profil Instagram Anda Kena Nampak Selamat
Kalau anda cari kerja melalui Instagram, majikan mungkin akan klik profil anda.
Jadi jangan pelik kalau akaun anda diperhatikan.
Tidak semestinya anda perlu jadi influencer. Tapi profil jangan terlalu pelik sampai merosakkan first impression.
Semak benda ini:
Nama profil jelas.
Bio ringkas dan matang.
Gambar profil sesuai.
Post atau highlight tidak terlalu memalukan.
Kalau akaun terlalu personal, pertimbangkan buat satu akaun portfolio kerja.
Contohnya:
@nama.design
@nama.creative
@nama.video
@nama.portfolio
Untuk akaun portfolio, anda boleh letak hasil kerja, projek kecil, contoh design, video edit, copywriting, photography atau kerja kampus.
Kalau mahu lebih serius, tukar kepada akaun profesional seperti Creator atau Business. Instagram sendiri menyediakan jenis akaun profesional untuk creator dan business, dan akaun sebegini sesuai jika anda mahu profil lebih terbuka serta nampak lebih tersusun.
Tapi ingat, akaun profesional biasanya tidak boleh private. Jadi pastikan anda selesa sebelum tukar.
Apa Perlu Letak Dalam Bio Portfolio?
Bio tidak perlu panjang.
Contoh untuk designer:
“Junior Graphic Designer | Canva & Adobe Illustrator | Open for freelance/internship | Portfolio below”
Contoh untuk video editor:
“Short-form Video Editor | TikTok/Reels | CapCut & Premiere Pro | DM for work”
Contoh untuk jobseeker admin:
“Diploma Office Management | Admin & Customer Service | Open for entry-level role”
Contoh untuk content creator:
“Content Creator | Script, shoot & edit Reels/TikTok | Portfolio link below”
Letakkan link portfolio di bio.
Kalau belum ada website, guna Google Drive atau Canva link pun boleh. Yang penting susun kemas.
Jangan campur portfolio kerja dengan gambar peribadi yang terlalu rawak.
Cara Susun Highlight Portfolio
Highlight Instagram boleh jadi mini resume.
Anda boleh buat highlight seperti:
Portfolio
Resume
Projects
Internship
Design
Video
Testimoni
Contact
Untuk setiap highlight, letakkan beberapa contoh terbaik sahaja.
Jangan masukkan semua benda.
Kalau designer, masukkan 5 hingga 10 design terbaik.
Kalau video editor, letak short clips yang menunjukkan gaya edit anda.
Kalau copywriter, letak contoh caption, headline, poster copy atau skrip iklan.
Kalau admin, anda boleh letak contoh template kerja tanpa data sulit seperti jadual kerja, checklist, format laporan atau poster program yang pernah diurus.
Majikan tidak mahu tengok hidup anda satu album.
Mereka mahu tengok sama ada anda boleh buat kerja.
Jangan Abaikan LinkedIn Dan Resume
Instagram boleh buka pintu, tapi resume tetap perlu ada.
Kalau majikan berminat, mereka akan minta resume.
Jadi siapkan resume PDF yang kemas lebih awal.
Jangan tunggu mereka minta baru kelam-kabut edit.
Selain itu, kalau anda ada LinkedIn, letakkan link LinkedIn dalam portfolio atau bio. Ini membantu majikan nampak latar belakang anda lebih formal.
Instagram sesuai untuk nampak personaliti dan hasil kerja.
LinkedIn sesuai untuk nampak profil profesional.
Resume pula dokumen rasmi untuk proses permohonan.
Gabungkan tiga ini, barulah nampak lebih bersedia.
Red Flag Iklan Kerja Di Instagram
Bukan semua iklan kerja di Instagram selamat.
Ada juga scam.
Berhati-hati kalau iklan kerja menjanjikan gaji terlalu tinggi untuk tugas terlalu mudah.
Contohnya, “kerja dari rumah, hanya like post, gaji RM300 sehari”.
Berhati-hati kalau mereka minta deposit, bayaran training, bayaran sistem atau yuran pendaftaran.
Majikan sebenar biasanya tidak minta calon bayar duit untuk dapat kerja.
Berhati-hati juga kalau semua urusan hanya melalui Telegram, tiada nama syarikat jelas, tiada alamat, tiada e-mel rasmi dan profil baru dibuat.
Sebelum hantar dokumen penting seperti MyKad, semak syarikat dahulu.
Cari nama syarikat di Google. Semak Google Maps. Lihat website. Semak LinkedIn. Kalau perlu, tanya nombor pendaftaran SSM.
Jangan beri OTP, TAC, password, gambar kad bank atau maklumat sensitif.
Cari kerja, jangan sampai jadi mangsa scam.
Cara Follow Up Selepas DM
Kalau anda sudah hantar DM dan belum dibalas, jangan spam setiap jam.
Tunggu 2 hingga 3 hari bekerja.
Kemudian follow up dengan sopan.
Contoh:
“Hi, saya follow up mesej sebelum ini berkaitan permohonan jawatan [nama jawatan]. Saya masih berminat dan sedia menghantar resume/portfolio melalui e-mel jika diperlukan. Terima kasih.”
Kalau masih tiada jawapan, teruskan cari peluang lain.
Jangan terlalu bergantung pada satu akaun.
Dalam cari kerja, anda perlu banyakkan peluang masuk.
DM satu syarikat bukan strategi. DM dan e-mel beberapa syarikat yang sesuai, barulah peluang bergerak.
Rutin 20 Minit Sehari Cari Kerja Di Instagram
Kalau mahu guna Instagram secara serius, buat rutin mudah.
10 minit pertama, cari hashtag dan post terbaru.
5 minit kedua, semak akaun syarikat yang menarik.
5 minit terakhir, simpan iklan atau hantar DM yang kemas.
Buat setiap hari selama dua minggu.
Anda akan mula nampak pola: syarikat mana aktif hiring, hashtag mana berguna, industri mana banyak peluang, dan jenis jawatan apa yang selalu keluar.
Jangan cari kerja hanya bila panik.
Cari kerja perlu disiplin kecil setiap hari.
Kesilapan Yang Buat Calon Nampak Tidak Serius
Kesilapan pertama ialah guna akaun yang terlalu tidak kemas untuk DM majikan.
Nama pelik, gambar profil tidak sesuai, bio kosong, post terlalu rawak.
Kesilapan kedua ialah DM terlalu pendek.
“Kerja kosong?”
Itu bukan permohonan. Itu macam tanya stok barang.
Kesilapan ketiga ialah tidak baca caption.
Majikan sudah tulis hantar resume ke e-mel, tetapi anda masih tanya di DM.
Kesilapan keempat ialah tiada resume.
Bila majikan minta, baru nak buat.
Kesilapan kelima ialah hantar portfolio bersepah.
Fail tidak dinamakan, link tidak boleh buka, Google Drive minta permission, atau semua kerja dicampur tanpa susunan.
Kalau mahu dilayan seperti calon profesional, mula bertindak seperti calon profesional.
Apa Yang Patut Anda Buat Sekarang?
Buka Instagram dan cari 10 syarikat dalam bidang yang anda minat.
Follow akaun mereka.
Semak highlight hiring atau career.
Cari hashtag kerja mengikut lokasi anda.
Kemas kini bio Instagram supaya nampak lebih matang.
Siapkan satu resume PDF.
Kalau kerja kreatif, sediakan satu link portfolio yang boleh dibuka tanpa permission.
Kemudian mula hantar DM yang sopan dan jelas kepada syarikat yang benar-benar relevan.
Instagram bukan tempat rasmi untuk semua kerja. Tapi untuk banyak peluang moden, kreatif, retail, servis, startup dan internship, ia boleh jadi pintu masuk yang sangat cepat.
Yang penting, jangan cari kerja macam orang scroll hiburan.
Cari dengan strategi, simpan peluang, hantar mesej profesional dan pastikan profil anda nampak layak untuk diklik.